SJ-13-0122 : Minta Bantuan dari Saudara Baru

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0122 : Minta Bantuan dari Saudara Baru

A'kum!Saya ingin meminta bantuan para netter al-ahkam. Saya baru ditemukan dengan seorang non-Muslim yg alhamdulillah pada hari kelmarin (25 Ogos 2005) telah memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan saya dan beberapa org brothers yang lain. Beliau adalah non-Malaysian dari Bangkok. Saya ingin meminta jasa baik dari saudara/saudari sekelian sekiranya boleh beri recommendation apakah material yang patut saya berikan kepada beliau untuk menunaikan solat berpandukan Sunnah Rasulullah SAW.Adakah CD berbentuk multimedia yang memudahkan beliau untuk mengikutinya kerana beliau agak kekok untuk belajar Bahasa Arab buat masa ini? Saya amat berharap respon segera dari pihak Tuan/Puan kerana beliau mmg hendak menunaikan solat secepat mungkin dengan cara yang shahih. Buat masa ini, beliau ditunjukkan oleh seorang sahabat saya. Jazakallah khair.

SJ-13-0122 : Minta Bantuan dari Saudara Baru

:wassalam

Dapatkan CD Sifat Solatun Nabi al-Albani terbitan Indonesia.
pengedarnya di Malaysia, hubungi syaikh Abu Nurul di talian 017-624-0390. Dalam bahasa Indonesia/melayu.

kami memohon ma'af kerana kelambatan membalas permintaan anda.

Juga dapat bantuan NGO yg bertauliah spt ABIM Outreach, JIM Outreach dan pihak berwajib spt JAKIM dan Perkim. sekian