SJ-13-0157 : tafsir surah al-hujurat 1-5

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0157 : tafsir surah al-hujurat 1-5

Nasihat Panel Fiqh kepada semua pelayar setia al-Ahkam:

Tidak perlu menulis alll cap (semua huruf besar) kerana dalam bahasa cyber, all cap bermaksud menjerit... ::o

------------------Teks selepas di edit (menukar all cap >> small cap)

Ana musykil mengenai surah al-Hujurat (49): ayat 1-5.

Boleh tolong tafsirkan tak? Ana tak faham mengenai kenapa tak boleh tinggikan suara kpd Nabi SAW, sedangkan sahabat2 terutama Saidina Umar kelihatan sering meninggikan suara terhadapbaginda.
Kalau boleh, boleh tak ustaz/panelis sertakan (asbab nuzul) kenapa ayat 1-5 surah alHujurat diturunkan? Ana rasa pasti ade sebabnya kenapa ayat tsb diturunkan.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
ayat 01

Tafsir ayat Pertama:

Latar belakang surah alHujurat

Dinamakan alHujurat, jama' (plural) kepada 'hujrah' yg bermaksud bilik. Ia merujuk kepada rumah RasuluLlah saw yang hanya rumah asas satu bilik. Kalimah hujurat ditemui dalam ayat ke 4 dan kerana keunikannya, maka surah ini dinamakan alHujurat (Bilik-bilik) [Syaukani, Fath alQadiir/2/331)

Surah ke 49 ini diturunkan di Madinah pada tahun ke 9H selepas Fath alMakkah (Pembukaan Kota Mekah). Selepas Nabi membuka Kota Mekah pada tahun ke 8 Hijrah, tahun ke 9 dikenali dgn 'Tahun Delegasi atau Perutusan' di mana kabilah2 Arab di Semenanjung Arab berpusu-pusu mengutus delegasi untuk menemui RasuluLlah saw mewakili kaumnya. Oleh kerana kabilah2 ini adalah Arab badui, maka akhlak mereka adalah amat kasar kerana persekitaran padang pasir. Maka turunlah surah alHujurat meluruskan dan membentuk acuan adab dan akhlak terhadap pemimpin terutama RasuluLlah saw. [Ibn Mardawaih dan albaihaqi dari Ibn Abbas]

Sayyid Qutb dalam Tafsir azZilalnya menulis dgn amat indah mengenai muqaddimah surah alHujurat. Umat contoh yg hebat ini (generasi pertama Islam) tidaklah lahir secara mendadak atau kebetulan atau sekelip mata, tetapi umat contoh ini lahir dalam satu siri proses yg panjang dan bertahap, maka turunnya surah alHujurat ini adalah sebahagian dari proses membentuk umat contoh ini hingga lahir sebagai suatu kelompok umat yg paling unggul dalam sejarah kemanusiaan

--------------------------

Ayat Pertama:

[ÞÇá Çááå ÊÚÇáì: ﴿íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂóãóäõæÇ áÇ ÊõÞóÏøöãõæÇ Èóíúäó íóÏóíö Çááøóåö æóÑóÓõæáöåö æóÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó Åöäøó Çááøóåó ÓóãöíÚñ Úóáöíãñ ﴿1

terjemahnya: "Hai orang2 beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Asbab Nuzul: ada empat pendapat:
pendapat pertama ia turun mengenai peristiwa Abu Bakar dan Umar (keduanya ra) yg bertengkar di hadapan RasuluLlah saw ketika kedatangan Bani Tamim mengunjungi RasuluLlah saw (riwayat alBukhari)

pendapat kedua: Dari Qatadah mengenai satu qaum yang bercakap-cakap, " alangkah bagusnya kalau Allah menurunkan ayat begini, begini..sepatutnya ayat itu turun begini, begini..."

dua pendapat lagi adalah dha'if. [Ibn Jauzi, Zaad alMasir: 7/454]

[b] Ahkam alQur:an (hukum2 alQur:an)

Menurut Ibn alArabi, hukum dalam ayat pertama ialah adab terhadap Allah dan Rasul yakni larangan menentang ucapan2 Rasul dan seterusnya memenuhi panggilan dalam meneladani baginda dalam semua urusan. (ahkamul Qur:an 4/1713)

Fiqh alAayat:

Tafsir Ibn Abbas, jangan menyalahi Allah dan Rasulnya. Kata Ibn Jauzi, jangan kamu tergesa-gesa memutuskan suatu persoalan agama/kehidupan sebelum Allah dan Rasulnya memutuskannya. (Zaad alMasir 7/455)

Rumusan Ibn Kathir, Tafsir alQur:an alAdziem, tahqiq nasib arRifa'iy, cetak Riyadh), maksud ayat ini dijelaskan oleh Hadith Mu'adz bin Jabal ketika Nabi mengujinya sebelum mengutusnya ke Yemen, "
Nabi mengujinya dengan apa dia akan berhukum? Mu;adz berkata, dengan kitab Allah, Nabi berkata jika tidak tidak kedapatan dalam kitab Allah, Mu'adz kata , dgn Sunnah RasuluLlah saw, kemudian jika tidak ada dgn ijtihadnya." (Ahmad, Abu daud, Termidzi dan Ibn Majah)

Jikalau Ia (Mu'adz)mendahului ijtihadnya, maka itulah maksud ayat pertama ini.
tbc

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0157 : tafsir surah al-hujurat 1-5

Tafsir Ayat #2 alHujurat:

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂóãóäõæÇ áÇ ÊóÑúÝóÚõæÇ ÃóÕúæóÇÊóßõãú ÝóæúÞó ÕóæúÊö ÇáäøóÈöíøö æóáÇ ÊóÌúåóÑõæÇ áóåõ ÈöÇáúÞóæúáö ßóÌóåúÑö ÈóÚúÖößõãú áöÈóÚúÖò Ãóäú ÊóÍúÈóØó ÃóÚúãóÇáõßõãú æóÃóäúÊõãú áÇ ÊóÔúÚõÑõæäó

Terjemahan:
"hai orang2 beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dgn suara keras sbgm kerasnya sebahagian kamuterhadap sebahagian yg lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyadari."

Asbab Nuzul ayat (sebab turun ayat)

Ayat ini diturunkan kepada Abu Bakar dan Umar alKhattab (keduanya Raa) yang bertengkar di hadapan Nabi saw ketika rombongan Bani Tamim datang menemui RasuluLlah saw. Abu Bakar mencadangkan kpd Bani Tamim supaya melantik Qa'qa bin Ma'abad sebagai ketua rombongan, manakala Umar menyuruh dilantik Aqra'. Mereka berdua bertengkar hingga meninggikan suara di hadapan Nabi dan ini mendukacitakan baginda, lalu turunlah ayat di atas.

Juga Bukhari-Muslim meriwayatkan bahawa ayat ini juga diturunkan kepada Tsabit bin Qais bin Syamas ra kerana dia dikenali dgn seorang yg suka meninggikan suara bila bersama Nabi saw. (Tafsir Tabari, Sahih Bukhari, Kitab tafsir)

Jadi ayat ini bukan sahaja diturunkan kpd Abu Bakar dan Umar tapi juga kpd Tsabit.

Ahkam alQur:an

a. Kehormatan Nabi saw selepas baginda wafat masih kekal sebagaimana beliau masih hidup
b. Bila dibaca hadith2 sahih baginda, tidak boleh kita tinggikan suara kita, apatah menolak hadith itu dengan keras.
c. Tidak boleh memanggil baginda dgn "ya Muhammad atau duhai ahmad", tapi dgn panggilan ' wahai Nabi Allah, wahai RasuluLlah'
d. tidak boleh meninggikan suara di pusara baginda saw
[tafsir Qurthubi, jld 15, tafsir Ahkam alQur:an li Ibn al-Arabi jld 4]

Tafsir

Ayat ini menjelaskan salah satu tempat tergelincir yg tersembunyi hatta dua sahabat paling besar pun (Abu bakar dan Umar), iaitu bahaya lisan dengan meninggikan suara di hadapan Nabi SAW. Kata Sayyid Qutb, ayat ini meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada para sahabat, hatta selepas itu bila Nabi bertanya, " hari apakah hari ini" sahabat tidak berani menjawab, cuma berkata, " Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Diberitakan oleh Ibn Kathir, ketika Umar menjadi Khalifah dia mendapati rombongan dari Thaif ketika menziarahi mesjid Nabawi, mereka meninggikan suara di sisi pusara Nabi saw, lalu dia memarahi mereka. begitulah kesannya tarbiyah ayat ini. (Ibn Kathir, tafsir alQur:an alAdziem 4/207)

2. Dari ayat ini juga terdapat pengajaran bahawa perselisihan boleh berlaku hatta kepada sahabat yg hebat spt Abu Bakar dan Umar, tapi perselisihan mereka tidaklah berpanjangan dan tidak menghalang mereka terus memberi sumbangan kepada Islam. ini terbukti Abu Bakar ketika gering melantik Umar sebagai Khalifah.

3. Juga ayat ini adalah ayat adab Lisan antara kita, tidak baik meninggikan suara antara satu sama lain. AQ 31:19

4. tafsiran yg seterusnya, ayat ini juga menjadi adab kepada umat Islam kepada pemimpin mereka baik ulama' dan umara' (AQ 4:59)

>>>>>>>tbc/ayat 3

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0157 : tafsir surah al-hujurat 1-5

Tafsir ayat #3: alHujurat

Ëã ÞÇá ÊÚÇáì: Åöäøó ÇáøóÐöíäó íóÛõÖøõæäó ÃóÕúæóÇÊóåõãú ÚöäúÏó ÑóÓõæáö Çááøóåö ÃõæáóÆößó ÇáøóÐöíäó ÇãúÊóÍóäó Çááøóåõ ÞõáõæÈóåõãú áöáÊøóÞúæóì áóåõãú ãóÛúÝöÑóÉñ æóÃóÌúÑñ ÚóÙöíãñ
Terjemahnya:
"Sesungguhnya orang2 yg merendahkan suaranya di sisi RasuluLlah, mereka itulah orang2 yg telah diuji hati merkea oleh Allah utk bertaqwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar."

Asbab Nuzul:

Kata Ibn Abbas, ketika turun ayat pertama dan kedua, Abu Bakar bersumpah tidak akan lagi berbicara dgn suara tinggi di hadapan RasuluLlah saw, melainkan beliau akan berbicara spt dengan sedara senasab (ahli keluarga yg utama), lalu turunlah ayat #3 ini.

Hadith ini dikeluarkan oleh alBazzar dan Ibn Mardawaih dari jalur Thariq bin Syihab, juga dikeluarkan oleh alHakim dan alBaihaqi dari jalur Abu Hurayrah ra. Kata alhafidz Ibn Hajar, jalur periwayatan alHakim dan alBaihaqi adalah sahih atas syarat Muslim. (alhafidz, Takhriij ahadiths al Kasyaaf: 4/352)

Tafsir

Secara ringkasnya Abu Bakar, Umar dan Tsabit bin Qais amatlah terkesan dengan penurunan ayat2 pd permulaan surah alhujurat, ia menghasilkan natijah yg spontan, hinga Abu Bakr terus bersumpah tidak akan mengulangi lagi. Tsabit pula mengurung dirinya dalam rumah hingga Nabi saw mengutus utusan utk menyampaikan berita gembira bahawa Tsabit adalah ahli syurga.

Dari tiga ayat pertama ini ia menjadi adab yg dipegang kukuh oleh kaum salaf assoleh dan menjadi teladan kepada kita mencontohi mereka, supaya kita sentiasa menjaga lisan dan bercakap dgn nada suara yg sederhana. [Tafsir Ibn Kathir 4/207]

>>>>tbc

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0157 : tafsir surah al-hujurat 1-5

Tafsir ayat #4-5: alHujurat

﴿ Åöäøó ÇáøóÐöíäó íõäóÇÏõæäóßó ãöäú æóÑóÇÁö ÇáúÍõÌõÑóÇÊö ÃóßúËóÑõåõãú áÇ íóÚúÞöáõæäó ﴿4
﴿æóáóæú Ãóäøóåõãú ÕóÈóÑõæÇ ÍóÊøóì ÊóÎúÑõÌó Åöáóíúåöãú áóßóÇäó ÎóíúÑðÇ áóåõãú æóÇááøóåõ ÛóÝõæÑñ ÑóÍöíãñ ﴿5

terjemahnya:

4: Sesungguhnya orang2 yg memanggil kamu dari luar kamarmu kebanyakan mereka tidak mengerti.
5: Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka sesungguhnya itu adalah lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

asbab nuzul:

Diturunkan dua ayat ini kepada Aqraa' bin Habis atTamimi dari Bani Tamim (puak baduwi yang terkenal keras adab budaya mereka yg agak kekampungan). Menjadi budaya Badui mereka memanggil seseorang dari luar rumah dengan suara keras. Jadi bila Aqra' dan rombongan bani Tamim tiba di Madinah, mereka tidak tahu Nabi menginap di rumah yang mana satu (Ini kerana nabi ada sembilan rumah), lalu mereka menjerit-jerit memanggil Nabi saw dgn panggilan biasa dari rumah ke rumah, Ya Muhammad, Ya Muhammad". Walhal mereka bisa sahaja bertanya kepada salah seorang isterinya atau meminta jasa baik salah seorang sahabat utk mencari RasuluLlah saw.
[Tafsir Ibn Kathir, 4/207, hadith ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad, atTabrani dan atTermidzi, disahihkan oleh Ahmad Syakir, pentahqiq tafsir Ibn Kathir)

Tafsir dan pengajaran:

Tindakan kurang adab kaum Badui itu dima'afkan oleh Rasulullah saw kerana baginda mengetahui budaya mereka yg kasar, namun ayat ini menjadi adab bagi umat Islam yg lain bagaimana mereka mendatangi rumah saudara mereka, mengetuk pintu, memberi salam sampai tiga kali dan bukan menjerit-jerit memanggil tuan rumah spt yg diamalkan oleh kaum Badui.

Dalam ayat #5:
antara tujuan kedatangan bani Tamim ialah berunding dgn Nabi mengenai status tawanan perang (POWs) puak2 arab badui yg berada di Madinah (tawanan perang itu terhasil kerana siri pertempuran kecil di antara tentera Islam dan kumpulan arab badui).
Maka Nabi saw membebaskan separuh dan mengenakan tebusan ke atas separuh yang lain. Tapi jika mereka bersabar dan menunggu Nabi dgn adab sopan, supah pasti Nabi akan membebaskan seluruh tawanan tersebut.

(alSyaukani, Fathul Qadiir: 5/92)

tamat