SJ-05-0121 : pendapat paling kuat(Solat)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0121 : pendapat paling kuat(Solat)

:salam Ustaz

Seorang Ustaz berkata:
kita solat dengan Imam(rakaat 3,4)kalau tak sempat baca Fatihah boleh terus rukuk bersama Imam sebabnya Imam itu diikuti perbuatannya......!

Lagi sorang Ustaz kata:
kita kena habiskan Fatihah dan baru boleh rukuk bersama Imam.....sebabnya x sah solat tanpa Fatihah.....rakaat 1,2 takpe sebab ada khilaf......

mana yang kuat Ustaz..... ::roll:

SJ-05-0121 : pendapat paling kuat(Solat)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan nokia dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tidak dinafikan, bacaan al-Fatihah merupakan perkara rukun didalam solat, tanpanya solat tidak sah. Sabda Nabi :saw :-

áÇ ÕóáÇÉ áöãóäú áóãú íóÞúÑóÃú ÈöÝóÇÊöÍóÉö ÇáúßöÊóÇÈö
"Tidak ada solat bagi yang tidak membaca pembukaan kitab (al-Fatihah)" [Hadith Riwayat al-Bukhari, #714]

Ulama' seperti al-Shawkaan, Ibn Taimiyah, Ibn Utsaimin, dll berpendapat bahawa terdapat dua keadaan dimana membaca al-Fatihah dikecualikan, iaitu :-

a. Jika seseorang itu mendapatkan Imam ketika dia sedang ruku'

b. Jika seseorang itu mendapatkan Imam hampir-hampir dia hendak ruku', dan dia (makmum) tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah.

Kedua2 keadaan ini bacaan al-Fatihah boleh dikecualikan.

a. Didalam kes pertama, dalilnya datang dari hadith Abu Bakrah ra. yang dikatakan mendapati Nabi :saw semasa baginda sedang ruku' dan beliau telah ruku' sebelum sampai ke saf. Dia telah menyatakan perkara ini kepada Nabi :saw dan baginda bersabda :-

ÒóÇÏóßó Çááøóåõ ÍöÑúÕðÇ æóáÇ ÊóÚõÏú
"Moga Allah menjadikan anda lebih tekun, akan tetapi jangan lakukan lagi" [Hadith Riwayat al-Bukhari, #783].

Hadith ini juga menjelaskan bahawa Abu Bakrah ra. telah mendapat rakaat bersama Nabi :saw dan beliau telah terus ruku' tanpa membaca al-Fatihah. Jika rakaat tersebut tidak diterima, sudah tentu Nabi :saw akan menegur dan menyuruh Abu Bakrah ra. menambah bilangan rakaat. [Lihat Silsilat al-Ahadith al-Sahihah, ms. 230].

b. Didalam kes kedua, memang terdapat khilaf ulama'. al-Shirazi didalam Muhazzab mengatakan jika seseorang itu semasa sedang membaca sebahagian al-Fatihah, mendapati Imam melakukan ruku'. Disini terdapat 2 pandangan :-

1. Berhenti membaca al-Fatihah dan terus ruku'. Bacaan al-Fatihah dikecualikan.
2. Terus membaca al-Fatihah kerana dia telah memulakan bacaan al-Fatihah, seharusnya dia menghabiskan bacaan tersebut. [al-Majmu', 4/109].

Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, bekas Mufti Besar Arab Saudi berpendapat bahawa hendaklah dia terus ruku' tanpa menghabiskan bacaan al-Fatihah. Disana ada hadith yang menyatakan bahawa Imam itu dilantik untuk diikuti [Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 11/243]. Sabda Nabi :saw :-

ÅäãÇ ÌÚá ÇáÅãÇã áíÄÊã Èå ¡ ÝáÇ ÊÎÊáÝæÇ Úáíå ¡ ÝÅÐÇ ßÈÑ ÝßÈÑæÇ ¡ æÅÐÇ ÑßÚ ÝÇÑßÚæÇ
"Imam dijadikan untuk diikuti, maka janganlah kamu berbeza dengannya. Apabila dia bertakbir maka hendaklah kamu bertakbir, jika dia ruku' hendaklah kamu ruku'" [Hadith Muttafaq 'Alaih].

Syeikh Ibn Utsaimin rh didalam fatwanya menyebut :-

ÅÐÇ ÏÎá ÇáãÃãæã æÇáÅãÇã íÑíÏ Ãä íÑßÚ , æáã íÊãßä ÇáãÃãæã ãä ÞÑÇÁÉ ÇáÝÇÊÍÉ , Åä ßÇä áã íÈÞ Úáíå ÅáÇ ÂíÉ Ãæ äÍæåÇ ÈÍíË íãßäå Ãä íßãáåÇ æíáÍÞ ÇáÅãÇã Ýí ÇáÑßæÚ ÝåÐÇ ÍÓä , æÅä ßÇä ÈÞí Úáíå ßËíÑ ÈÍíË ÅÐÇ ÞÑà áã íÏÑß ÇáÅãÇã Ýí ÇáÑßæÚ ÝÅäå íÑßÚ ãÚ ÇáÅãÇã æÅä áã íßãá ÇáÝÇÊÍÉ
"Jika seseorang Makmum masuk bersama Imam yang ingin melakukan ruku', dan Makmum belum sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah, jika hanya beberapa ayat yang tinggal, dan dia boleh menghabiskannya dan menyertai Imam didalam ruku', maka ini adalah baik. Jika dia mempunyai banyak ayat lagi yang tinggal, dan membaca keseluruhannya akan menyebabkan dia tidak boleh mendapatkan Imam semasa ruku', maka hendaklah dia ruku' bersama Imam walaupun belum sempurna bacaan al-Fatihah" [Majmu' Fataawa Ibn Utsaimin, 15/106].
-------------

Kesimpulannya: Pendapat ustaz yang pertama dipilih dimana dalilnya hadith Imam dijadikan untuk diikuti. Menurut Ibn Taimiyah, hadith ini lebih khusus dari hadith membaca al-Fatihah yang berbentuk umum bila diaplikasikan didalam kes diatas.WA.

wassalam

خيرالأمين