SJ-12-0122 : Masaalah anak luar nikah di jadikan anak angkat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0122 : Masaalah anak luar nikah di jadikan anak angkat

Ambil anak luar nikah sbg anak angkat tidak digalakkan. Patutnya ibu yang bersalah itu bertanggungjawab atas anak yang dikandung. Dia patut tersiksa dan menerima hukuman dengan bersusah payah menjaga anak itu. Lagipun anak luar nikah ini keturunannya sudah jelas bukan keturunan baik-baik. Lebih baik ambil mereka dari keturunan yang baik-baik. Bukan begitu?
Setiap anak yang dilahirkan adalah fitrah, yakni bersih dan suci.

Tuan Naja bacalah betul2 pandangan saya. Saya cuma menyarankan kalau kita nak bela anak angkat, carilah dipersekitaran terlebih dahulu, sebelum kita cari anak luar nikah untuk dibela.

Rumah anak-anak yatim banyak terdapat dalam negara kita, kalau kita betul nak bantu, hulurkan aje duit bulan2 ke situ. Nak buat lebih kebajikan, tanggung sekali persekolahan mereka, bagi wang saku, bagi duit buku, bagi pakaian, dan sebagainya.

Berikut adalah satu keterangan dari satu forum yang membincangkan tentang masaalah anak angkat . Sebagai seorang yang telah mengambil anak luar nikah sebagai anak angkat (kerana tiada anak) saya merasa berbelah bagi dalam jiwa saya membaca keterangan dalam ulasan tersebut, tetapi saya menghormati apa yang di bincangkan kerana saya yakin mereka juga menggunakan kebijaksanaan untuk mengeluarkan segala permasalahan umat.
Saya harap ahli penal dapat komen dan ulasan dari segi kebijaksanaan saudara mengeluarkan apa jua pendapat yang bernas menggunakan pengetahuan saurara. Pendapat dari tuan-tuan ahli panel amat saya hormati.
Forum tersebut boleh tuan lawati dihttp://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=14498

Terima kasih

SJ-12-0122 : Masaalah anak luar nikah di jadikan anak angkat

ÇáÌæÇÈ
alJawab:

Apa yang dibicarakan di forum bicarasufi itu tidaklah benar. Orang sufi tidaklah mahir dalam fiqih kerana mereka tidak mengerti akan perbahasan dalil terutama hadith.

"Anak zina" itu hanyalah istilah masyarakat. Agama kita tidak pernah mengeluarkan istilah anak zina. Ummul Mukminin pernah diajukan istilah ini dan beliau berkata," Tidak ada (tanggungan) atas si anak itu sedikitpun dari kesalahan ibubapanya (kerana) seseorang tidak memikul dosa orang lain." [Ibn Hazm, alMuhalla, 4/213).

Bayi itu adalah di atas fitrah sebagaimana bayi2 yg lain
dalil:
ãÇ ãä ãæáæÏ ÅáÇ íæáÏ Úáì ÇáÝØÑÉ
"Tidak seorang anakpun melainkan dilahirkan di atas fithrah" (alBukhari)

Mereka boleh diambil sebagai anak angkat.
Dalilnya:
" dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggillah mereka) sebagai sedara-sedara kamu seagama dan maula-maula kamu."
AQT 33: 5
sekian