assalamualaikum,
Saya berkerja di syarkita semikonduktor, di kilang kami ada mendapat bekalan dari kilang di negara rejim yahudi. Tetapi peratusan nya amat sedikit. Apakah hukum nya saya berkerja di syarikat saya. Untuk maklumat, syrikat kami ialah MNC, dan mempunyai cawangan di Malaysia.
:wassalam
alJawab:
Kita semua sudah maklum bahawa Prof Dr Yusof alQardhawi sebagai Pengerusi Majlis Ulama Sedunia telahpun mengisytiharkan Israel adalah musuh umat Islam # 1. Manakala amerika pula menjadi Israel #2. Maka telahpun diisytiharkan umat Islam hendaklah memboikot barangan made in Israel dan usa. Dalil utama ialah surah alMumtahinah: 09 (sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama)
Namun kemampuan anda mungkin terbatas. Maka sahutilah seruan RasuluLlah saw," kerana itu, bila aku melarang kamu supaya menjauhi sesuatu, maka jauhilah ia dan bila aku perintahkan kamu dengan sesuatu suruhan, maka lakukanlah semampu kamu" (Muttafaq alaih dari Abu Hurayrah)
Maka sukatlah kemampuan anda dalam memboikot barangan israel dan amerika dan bertindak mengikut apa yang termampu. selemah-lemah protes ialah dgn hati. sekian