SJ-04-0037 : Mandi wajib - takde air, takde debu tanah...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0037 : Mandi wajib - takde air, takde debu tanah...

Salam.

Merujuk pada url ni,
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28206&sid=ff42335bac893c9794b7c913b63dea8f
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28202&sid=ff42335bac893c9794b7c913b63dea8f

Jika terhalang daripada mandi wajib kerana berada di tempat kerja/kelas/travelling, haruslah bertayammum dan solat spt biasa. dan mandi wajib bila tiba di rumah.

tp mcm mana kalau takde debu tanah? cthnya, skg di tempat sy belajar ni, musim Winter, kdg2 hujan, n cuaca lembap n sejuk... tanah yg ade pn mmg byk yg basah n kdg2 lecah. (kat sini mmg agak susah nak cari debu tanah wpn dlm musim2 lain)

ade org kata boleh amik debu dr selain tanah sprti di dinding/carpet yg berdebu / debu brg2 lama... boleh apply ke untuk tayammum?
dan kalau takleh, bgmanakah penyelesaian yg terbaik? adakah perlu diteruskan wudhu' dan solat tanpa mandi wajib/tayammum? dan perlukah diganti solat ini?

Jkkk.

SJ-04-0037 : Mandi wajib - takde air, takde debu tanah...

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri MissCadbury dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
ade org kata boleh amik debu dr selain tanah sprti di dinding/carpet yg berdebu / debu brg2 lama... boleh apply ke untuk tayammum?

Benar, mazhab Malik dan Hanafi membenarkan apa sahaja debu digunakan untuk bertayammum [al-Mausu'ah al-Fihqiyyah, 14/261]. Ibn Taimiyah rh. cenderung kepada pendapat ini apabila seseorang itu tidak berjumpa dengan debu tanah [Al-Ikhtiyaaraat al-Fiqhiyyah, ms. 28].

Ibn Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika dinding tersebut diperbuat dari tanah (batu batu dsb), maka boleh dibuat untuk tayammum. Malah menurut beliau, jika dinding tersebut diperbuat dari papan, akan tetapi wujudnya habuk atau debu, maka tidak ada masalah menggunakannya [Fataawa al-Tahaarah, ms 240].

Kesimpulannya tayammum dibenarkan dari apa-apa debu yang keluar dari bumi, terutamanya apabila tidak terdapatnya debu tanah, dan solat yang dilakukan ini tidak perlu diulangi lagi.

Sekian, wassalam

خيرالأمين