SJ-1984: Berangan & bercakap seorang diri.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1984: Berangan & bercakap seorang diri.

Assalamualaikum warahmatullah...

Adakah berangan-angan serta bercakap seorang diri sekali-sekala itu dikira sebagai satu bentuk kegilaan ataupun satu bentuk kekurangan mental? Ini kerana habit ini agak sukar dikikis sehingga kini oleh seorang sahabat saya ini. Dia menghidapi habit ini sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Namun begitu, dia hanya melakukan habit itu hanya ketika berseorangan diri sahaja, tapi dia masih lagi sedar akan keadaan sekitarnya. Malah dia masih lagi waras seperti manusia normal biasa seperti berfikir secara rasional berusaha/bertawakal seperti yang lain-lain juga.

Berkaitan dengan itu juga, bagaimanakah pula dengan amal ibadat sehariannya seperti solat, puasa dan sebagainya? Adakah sahabat saya ini dikategorikan sebagai kurang waras ataupun di tahap yang hampir-hampir gila itu?

Saya berharap agar pihak tuan dapat memberi beberapa penjelasan tentang perkara ini berdasarkan syara' dan fiqh yang ada. Ini kerana menurut sahabat saya ini, habit itu hanyalah sekadar kekurangan/kecacatan mental yang sementara yang ada bagi sesetengah individu/manusia selagimana ia tidak mengganggu urusan amal ibadat kita kepada Allah. Pendek kata, ia hanyalah lebih kepada isu peribadi/personal sebagai manusia yang dijadikan dengan pelbagai variasi.

Re: SJ-1984: Berangan & bercakap seorang diri.


Orang yg banyak berangan-angan ini tidak dibahaskan dibawah bab fiqh zahir tapi diletak dibawah bab tasawwuf (fiqh albatin). Imam alHafeedz Ibn Qayyim alJauzea dalam kitabnya, "Madaarij asSaalikin" membicarakan sifat berangan-angan ini dibawah tajuk 'Mufsidat alQalb' (Penyakit/Virus Hati), salah satu virus atau perosak hati ialah banyak angan-angan. Ada pepatah Melayu yg berbunyi, "angan-angan Mat Jenin" yg mengaitkan keburukan banyak angan-angan dari bekerja atau beramal.
Ibn Qayyim (ibid) tidak mencela semua jenis angan-angan. Ada angan2 yg baik (hari ini kita namakan sebagai dream, vision, visi, cita2, wawasan) yakni kita berangan-angan atau bercita2 ingin menjadi spt Imam Syafi'iy atau Imam Nawawi, maknanya kita cemburu dgn kehebatan mereka dan bercita2 untuk menjadi seperti mereka kemudian mengorak langkah ke arah itu.
Menyentuh habit sahabat anda itu,(sifat banyak angan2nya) ia tidak merosakkan ibadatnya asalkan ia dilakukan menepati rukun dan syaratnya, manakala jika semasa solat misalnya dia berangan-angan dan khayal, solatnya masih sah menurut fiqh azzahir.
Orang yg banyak khayalan ini baik sekali disalurkan dalam kerjaya rekacipta spt mencipta software, penulisan, hasil seni dsbnya yg menuntut skil kreativiti dan imaginasi.
Antara kitab2 terbaik untuk mengikis sifat ini ialah Jaddik hayatak (Perbaharuilah hidupmu) sebuah buku motivasi kehidupan oleh Prof alImam Syaikh Muhammad alGhazali, saya rasa ia sudah diterjemah dalam bahasa kita oleh Pustaka Darul Iman. Dia juga patut menjalani kursus2 positif thinking dan bina insan spt yg dijalankan oleh Dr Hasan Ali, Dr Fadzilah Kamsah, Focus Learning Sdn Bhd, adalah badan2 professional yg dapat membantu seseorang membina keyakinan diri dan dapat meyalurkan angan2 dan visi ke dalam alam nyata sebagai plan kehidupan. WaLlahu a'alam