SJ-05-0170 : solat jemaah-masbuk

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0170 : solat jemaah-masbuk

:salam

seorang imam dan seorang makmum sedang solat fardhu, datang seorang lagi datang bersembahyang dibelakang imam, tetapi beliau tidak menolak imam ke hadapan ataupun menarik makmum ke belakang, perlukah makmum yang pertama berundur ke belakang atau imam berganjak ke hadapan? Adakah makmum dapat fadilat berjemaah atau makruh hukumnya? Bagaimana makmum yang pertama yakin bahawa yang datang itu ingin bersolat jemaah atau mungkn beliau bersolat jamak

SJ-05-0170 : solat jemaah-masbuk

:wassalam

alJawab:

Hal semacam ini pernah berlaku kepada Jabir bin Abdullah al-Ansari ra. Dia solat di sisi RasuluLlah saw (mereka berdua sahaja asalnya), kemudian datang seorang sahabat lain bernama Jabid bin Sakhr lalu berdiri di sisi kiri Nabi saw. Nabi saw memberi isyarat supaya kedua-duanya berdiri di belakang beginda. (sahih Muslim (2305))

Jadi, tidak timbul siapa yang kena bagi isyarat, ilmu yang perlu diketahui ialah bila tiga orang, maka dua orang makmum tsb hendaklah mundur kebelakang dan berdiri keduanya di belakang Imam. Maka tidak timbul hukum apakah si masbuk dapat pahala atau tidak atau memikirkan apakah makmum masbuk itu akan menjama' kan solatnya. ia tidak releven utk difikirkan.