SJ-13-0223 :RABI'ATUL ADAWIYAH & CINTA SUCINYA? TUHAN YA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0223 :RABI'ATUL ADAWIYAH & CINTA SUCINYA? TUHAN YA

1]tuan thtl,
tuan boleh jelaskan lagi ape itu cinta rabi'atul adawiyah?
plsssss
sbb kawan pompuan ana terpengaruh dgn cerita rabi'atul adawiyah.dia dah x mahu kahwin kerana nak membuktikan cinta sejatinya kpd allah.
aiseh ana dah tahu nak hujah mcmmn dgn dia.
ana ckp fatimah binti rasul pun kawin.
dia balas ,dia lain.
rabi'atul adawiyah pulak sanggup buktikan cintanya pada allah dgn x kahwin.
plss mcmmn nak hujah dgn kawan pompuan ana ni?

2]boleh kita terima cinta kesufian rabi'atul adawiyah ni?
seperti kisah dia memberi matanya sendiri kpd seorang lelaki yg tertarik dgn kecantikan matanya.sbg bukti luhurnya cintanya kpd allah.

3]ana juga ade terbaca bhw rabi'atul adawiyah ini seorang pelacur.dan sbg tanda dia bertaubat dia menjadi sufi dan x mahu kawin sbb cintanya hanya kpd allah sahaja.boleh tuan sah kan cerita ini?
boleh kah kita menjadi rabi'atul adawiyah ini sbg teladan?

4]mengenai agama yahudi:
adakah tuhan yahudi iaitu yahweh adalah sama dengan allah tuhan yg org islam sembah?yahweh=allah
benarkah org yahudi hanya menyembah yahweh sahaja?
kalau benar mereka menyembah satu tuhan iaitu yahweh[allah?],
akidah mereka mcm dah sama dgn org islam.
jadi ape yg x sama nya mereka dgn kita?
respon kpd jawapan link ini :
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=31868&sid=5a5d11070339cead437fbf7ac26fb122

syukran.

SJ-13-0223 :RABI'ATUL ADAWIYAH & CINTA SUCINYA? TUHAN YA

al-Jawab:

al-Qardhawi telahpun mengupas perihal cinta Rabi'ah alAdawiyah (w. 135H di Basrah) dalam Fatawa Mu'asiratnya.

Maksud Cinta Rabi'ah menurut al-Qardhawi ialah dia berdampingan dengan manusia secara zahir sahaja, tapi batinnya sentiasa bersama ALlah. Cinta kepada Allah adalah dituntut oleh Islam, tapi yang dikaitkan dengan Rabi'ah ialah asyik mahsyuk beliau dengan Allah, Sifat asyik ini adalah cinta yang bid'ah yang dijaja oleh kaum sufi. Ini kerana Islam menganjurkan cinta kepada Allah bukan asyik. Cinta merupakan asas dalam keimanan. Dalilnya:
"Ia kasihkan mereka dan mereka kasihkan kepada-Nya"AQT 5:54

"sedang orang-orang beriman itu lebih cintanya kepada Allah."AQT 2:165

Hadith muttafaqun 'alaih: "Tiga perkara yang pabila berkumpul pada seseorang itu akan merasai kemanisan (halwah) iman: ALlah dan Rasul-Nya lebih dicintai drpd yg lainnya.."

Jika Rabi'ah mengarang sya'ir, maka sya'ir itu tidak lebih dari menyintai-Nya dengan menjaga adab-adab percintaan dengan Allah, tidak lebih dari itu. Manakala cinta yg asyik, maka itu cinta yg sudah terkeluar dari adab-adab dan syari'at Islam.

Maka jika sampai kepad kita pelbagai kisah cinta Rabi'ah yang menyimpang dari syari'at Muhammad, spt tak perlunya nikahkawin, maka itu adalah asyik yang berkemungkinan direka oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Ulama' sejarah mengiktiraf keujudan Rabi'ah dan boleh mengambil pelbagai kebaikan dan hikmahh darinya jika sesuai dengan AQ dan asSunnah terutama dalam bab cinta.

2) Mengenai kisah sufi spt Rabi'ah memberi matanya kepada si fulan yang memuji kecantikan matanya, perlu dikaji akan kesahihannya. Imam Abu Daud misalnya antara ulama' Hadith yang langsung tidak menerima Rabi'ah dan mengatakan bahawa dia adalah zindik (fasiq), manakala Imam adDzahabi pula berkata, manusia boleh mengambil pelbagai hikmah darinya, cuma kena menapis mengenai sampainya banyak kisah-kisah yang dikatakan berasal dari Rabi'ah. Maka kisah spt yg anda katakan, bahawa Rabi'ah mencungkil matanya amat berlawanan dengan ajaran Islam dan inilah yang dimaksudkan oleh al-Zahabi. (Siyar A'lam anNubala'. 8/125)

3) Adapun tuduhan bahawa Rabi'ah adalah bekas pelacur, alZahabi (ibid) berkata kemungkinan ia disibarkan oleh ajaran sesat dari aliran alHululi (Dzat Allah bertaut dengan manusia) kerana rangkap sya'ir berikut:

"Aku telah jadikan Engkau dalam hatiku teman bicara....
(maka) aku telah benarkan sesiapa yang ingin mendatangi tubuhku.."

komentar alZahabi, kata-kata (sya'ir) ini adalah ghuluw (melampaui), direka oleh kaum Hulu atau mungkin juga oleh mereka yg terlibat dalam dunia pelacuran utk menghalalkan aktiviti mereka.

Adapun mengenai bolehkah kita mengambil kisah Rabi'ah ini sebagai teladan. Kata al-Zahabi, boleh, kalau kisahnya dapat kita sahkan sebagaimana hadith2 disahihkan menurut kaedah jarh wa ta'dil juga.

4) Yahweh itu adalah Allah dalam bahasa Hebrew. Ini disahkan oleh almarhum syaikh Ahmed Deedat dari Afrika Selatan. Sebab itu agama Yahudi (judaism) dan Kristiniati dinamakan agama Samawi dan penganut keduanya dinamakan Ahlul Kitab (People of The Book) yang membawa maksud, mereka adalah serumpun dgn Islam. Tapi masalah yahudi, Kristian atau Muslim sama saja, yakni mereka mensyirikkan Allah, God atau Yahweh.
Ini kita dapati dalam banyak tempat, bagaimana Ibrahim dan Ya'kob bila mereka hampir wafat, akan berpesan supaya anak cucunya tidak mensyirikkan Allah. sekian
sekian