assalamualaikum...kalau orang tu ade penyakit kencing2 sket2..leh ke die nak jamak..katekan mase nak jamak zohor asar..mase smyg zohor tu da rase cam terkencing...
bolehke die teruskan aje tuk solat asar pulak...tanpa wuduk baru
lagi satu kalau kuar angin yg nak cakap tak henti2 tu tak jugak...kadang2 takde ..tapi time smyg je...even da tahan..rase cam kuar jugak..ikut tgh la...ikut dpn la..xtau dari qubul atau dubur.....kdg2 kuar dg sendiri..tak tau nak wa camne
jadi.adekah mase jamak..contoh mase solat zohor da rase kuar angin tu...pastu truskan solat asar pulak..boleh tak?
:wassalam
al-Jawab:
1. Pesakit kencing tidak tus atau dedas sudah ada fiqihnya yang tersendiri dan ia bukanlah keuzuran sampai perlu menjama' solat. Kata Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, pesakit kencing tidak tus, hendaklah berwudhu' setiap kali hendak solat dan jika ia menitis semasa solat, solat adalah sah. Untuk solat yang lain dia hendaklah berwudhu' yang baru.
2. Begitu juga orang yang perutnya berangin juga sudah kita jelaskan dgn detail. Sila browse dulu sebelum mengemukakan soalan. Orang yang perutnya berangin juga sama, dia hendaklah berhenti solat jika ia terdengar bunyi kentut atau tercium bau sahaja. Jika tiada bunyi dan bau, maka teruskanlah solat. sekian