dir="ltr"> "Hadith ini adalah asal kehebatan pekerjaan hati, kerana sesungguhnya Niat adalah amalan hati, berkata ulama' : hadith ini adalah separuh daripada seluruh ibadat" [Ibn Utsaimin, Arba'un al-Nawawiyah].
Jelas menunjukkan tempat Niat adalah didalam hati. Sah niat tanpa lafaz.
Ibn Rajab al-Hanbali juga mengatakan bahawa Niat adalah qasad didalam hati, tidak wajib lafaz selain dari dalam hati. [Jaami' al-Ulum wa al-Hikam, 1/92].
Bagaimana Rasulullah :saw memulakan solat? Ibn Qayyim berkata :-
dir="ltr">"Apabila Nabi :saw bangun untuk bersolat, dia akan berkata : "ALLAHU AKBAR", dia tidak mengatakan apa-apa sebelumnya, tidak melafazkan niat kuat-kuat. Dia tidak berkata : Aku bersolat itu dan itu, mengadap kiblat, 4 rakaat, sebagai Imam atau makmum. Baginda juga tidak menyebut 'ada'an' atau 'qadaa'an' atau 'fardal waqt'. Kesemua ini perkara baru yang tidak diriwayatkan oleh mana-mana ulama' dari mana-mana sanad, samada sahih, dhaef, musnad atau mursal mengenai melafazkan niat yang satu, bahkan tidak ada seorangpun sahabah yang meriwayatkan, dan tidak juga dari kalangan Tabien, atau dari kalangan empat mazhab yang mengatakan ia mustahab (digalakkan)" [Zaadul Ma'aad, 1/138]
Secara mudahnya, apabila anda melakukan takbiratul ihram, pastikan sudah terdetik niat solat Zohor pada masa itu, maka sahlah rukun pertama solat, iaitu NIAT. WA.
Sekian, wassalam
Rujukan :
Ibn Qayyim al-Jauziyah. Zaadu al-Maa'ad fi Hadii Khair al-'ibaad - 1. cet ke 2. Beirut : Muassasah al-Rayyan, 2002.
wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan alkathiri dengan kadar kemampuan yang ada.
Dimanakah terletaknya Niat? (petikan dari SoalJawab yang lalu) :-

خيرالأمين