SJ-14-0053 : 'Hadith'2 dalam email layang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0053 : 'Hadith'2 dalam email layang

:salam

Minta tuan2 di al-ahkam menilai samada 'hadith/sunnah' di bawah adalah thabit atau tidak. Ianya byk terdapat dalam email liar/layang di kalangan kita.

------------------------------------'Riwayat'/email pertama----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

+++++++++++++ 'Riwayat'/email Kedua ++++ ++++++ +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

14 Abad yang silam, Nabi Muhammad SAW telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam hadis yang diriwayatkannya.

Salah satu diantara tanda-tanda Akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk bertamasya, bisnis, riya ( pamer ) atau mengemis.

Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertamasya, orang yang berpunya untuk kepentingan bisnis, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis. ( Diriwayatkan oleh Anas r.a. )

Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangun. ( Diriwayatkan oleh Abu Hurairoh r.a. )

As-sa'ah (Hari Kiamat) tidak akan tiba – hingga manusia berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi ( H.R. Bukhari )

~ di dlm email tsb disertakan foto2 pembangunan pesat di sekeliling masjidil haram ~

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jwpn ringkas dari tuan2 pun memadai ::o . Jkk

SJ-14-0053 : 'Hadith'2 dalam email layang

Sekadar menjawab:
sebelum saya menjawab, suka diingatkan bahawa ramai penulis-penulis e mail yang berniat baik tetapi dengan cara yang salah. contoh utama ialah menyebarkan e mail yg pada zahirnya mengandungi maklumat keagamaan, tetapi rupa2nya tidak wujud dalam Al-Quran atau hadith2 sahih. berhati2lah agar kita tidak menjadi orang2 yg menyebarkan maklumat salah. siapa yang mampu utk bertanggungjawab?

1- e mail pertama didapati tidak mengandungi sebarang hadith yang sahih, wallahu a'lam. setiap inci maklumat yg disebutkan itu tidak pernah saya temui sekadar pembacaan hadith sehingga ke hari ini.

2- e mail kedua pula hampir sama iaitu mengandungi hadith2 yang tidak sahih kecuali hadith terakhir yang menyatakan bahawa antara tanda2 kiamat ialah manusia berlumba membuat binaan. ia memang ada antaranya dalam hadith sahih riwayat al-Bukhari dari Abu Hurairah dan Muslim daripada Umar iaitu hadith kedua dalam senarai hadith 40 imam al-Nawawi.

wallahu a;lam.