SJ-13-0275 : Pertanyaan tentang Al-Umm..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0275 : Pertanyaan tentang Al-Umm..

Berkata Imam Syafi'i di dalam kitab Al Umm: " Aku tidak menyukai ma'tam, iaitu berkumpul (di rumah keluarga mayat) meskipun di situ tidak ada tangisan kerana hal itu malah akan menimbulkan kesedihan baru" (As Syafi'i Al Umm juz 1 hal 248).

Adakah juz 1 itu merujuk kepada Jilid 1 dan hal 248 itu merujuk kepada mukasurat 248 di jilid tersebut..?Saya dah buka Al-Umm ( terbitan Victory Agencie ) tapi tak jumpa.

Minta pencerahan.

Jazakallah.

SJ-13-0275 : Pertanyaan tentang Al-Umm..

ini adalah salah satu teks daripada ulama al-Syafie tentang perbuatan mengadakan kenduri utk si mati. Dr. Mohd. Asri mufti Perlis pernah mengumpulkan teks-teks daripada buku-buku ulama mazhab al-Syafie tentang perkara ini. Apa yang paling penting ialah ia tidak berlaku di zaman Rasulullah SAW, sahabat, tabiin dan seterusnya. sehinggalah ke zaman al-Syafie ia berlaku dan beliau telah memberikan ulasannya seprti yang dinukilkan.