:salam
ya ahli panel, ana nak bertanya pasal maksud bagi potong, cukur cabut.memang dari segi bahasanya paham.tapi dari segi perbuatannya, contoh macam boleh x potong/cukur/cabut bulu kaki..setiap satu membawa maksud yang berbeza.harap ahli panel dapat menerang dengan jelas.syukran.
:wassalam
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,
Tiada dalil jelas yang melarang memotong atau mencabut atau mencukur bulu kaki atau bulu dada atau bulu tangan. Mereka yang melarang berdalilkan larangan mengubah kejadian Allah SWT. Mereka yang membenarkannya berpendapat ia adalah perkara yang didiamkan oleh syarak, maka tidak dilarang.
Dengan itu, adalah lebih baik bulu ini tidak dibuang jika tiada sebarang sebab atau tiada sebarang keuzuran.
Perbezaan antara potong, cabut dan cukur:
1. Potong: Memotong atau memendekkan misai adalah lebih afdal dari mencukur atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.
2. Cabut: Mencabut bulu ketiak lebih afdal dari mencukur atau memotongnya kerana lebih menepati sunnah.
3. Cukur: Mencukur bulu ari-ari lebih afdal dari memotong atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.
Rujukan:
1- al-Majmu3 oleh Imam an-Nawawi: 1/287
2- Syarah Muslim oleh Imam an-Nawawi: 1/414
3- Fatwa: Pembahagian bulu-bulu badan & hukumnya:
http://www.islamweb.net.qa/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=34840&Option=FatwaId
4- Fatwa: Hukum bulu dada, tangan & kaki:
http://www.islamweb.net.qa/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Option=FatwaId&Id=10441
sila lihat soal jawab terdahulu:
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=28285
Wallahu a3lam