SJ-16-0011 : persoalan nazar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0011 : persoalan nazar

:salam
panel-panel al-ahkam

Beberapa bulan sudah, saya ada berniat nazar untuk tidak melakukan perkara tertentu yang mendatangkan dosa, yakni saya mendenda diri saya untuk memberi sumbangan kepada masjid dengan jumlah tertentu sekiranya saya melakukan perkara tersebut. Untuk pengetahuan saya telah melakukan dosa terbabit beberapa kali. Sekarang ini saya berniat untuk membatalkan nazar tersebut (perlu melakukan kifarat). Persoalannya perlukah saya untuk membayar nazar terhadap dosa perkara yang telah saya lakukan sebelum melakukan kifarat ataupun hanya perlu membayar kifarah sahaja.

sekian. terima kasih

:wassalam

SJ-16-0011 : persoalan nazar

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

difahami daripada persoalan di atas, anda telah bernazar untuk meninggalkan satu maksiat. Sedangkan meninggalkan maksiat adalah WAJIB ke atas setiap muslim. Maka nazar dalam perkara wajib adalah TIDAK SAH, dan tidak dikenakan kaffarah.

Demikianlah yang difatwakan oleh kebanyakan ulama, dan dimuktamadkan dalam dalam keempat2 mazhab. Cuma dalam mazhab Hanbali ada riwayat atau ihtimal bahawa sah nazarnya, dan jika melanggarnya maka dikenakan kaffarah.

Dalil-dalil TIDAK SAH nazar wajib, atau nazar tinggal maksiat:

1) Perkara itu telah wajib dengan syarak, maka tidak ada apa2 erti untuk kita wajibkan ia dengan nazar.

2) Kaedah feqah yg masyhur: "Sesuatu yang sabit dengan syarak didahulukan daripada sesuatu yang sabit dengan syarat". Dalam kes ini, kewajipan asal syarak yg diambil kira, manakala syarat iaitu nazar tidak diambilkira.
Lihat kaedah dalam: Asybah Wa Nazair oleh Suyuti 279. dan Imam Suyuti membawa contoh ini.

3) Kata Ibn Qudamah: Tidak sah beriltizam dengan sesuatu yang telah lazim. Manakala al-Buhuti berkata: ia satu bentuk Tahsil al-Hasil. iaitu: menghasilkan sesuatu yang telah ada. Maka Tahsil Hasil adalah batil.

Kesimpulan:
-Nazar yg anda lafazkan adalah TIDAK SAH
-Tetapi anda tetap wajib meninggalkan maksiat itu, kerana itu kewajipan asal syarak.
-Anda tidak dikenakan apa2 kaffarah sekalipun anda melakukan maksiat itu.

Rujukan:
-Mazhab Hanafi, Ktab al-Asl (al-Mabsut) oleh Imam Syaibani (Anak murid Abu Hanifah) m/s 3/148-149.
-Mazhab Maliki, kitab al-Tafri' oleh Ibn Jallab 1/377
-Mazhab Syafie, kitab Kanzul Raghibin, dan Hasyiah Qalyubi wa Umairah 4/289
-Mazhab Hanbali, kitab al-Mugni Ibn Qudamah 13/628, dan Kasyyaful Qina' 5/237

wallahu a'lam