SJ-07-0084 : PERIHAL KEMATIAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0084 : PERIHAL KEMATIAN

saya ingin bertanya berkaitan urusan kematian..

1) apa hukumnya meletakkan membakar kemian di sisi jenazah yg biasa dilakukan ketika kematian?

2) sy sering melihat org2 tua menegur org yg baca yassin disisi jenazah supaya kedudukan org mengaji lebih tinggi dari kedudukan jenazah.apakah ini thabit dari nabi kita ?

3) apakah boleh memberikan upah solat jenazah?
perkara ini sering sy lihat membebankan keluarga si mati..alasan yg digunakan bila ditanya kewajaran perbuatan ini ialah kerana org yg dtg utk solat jenazah ni dtg dr jauh..contohnya sebagai duit minyak..

4) begitu juga dengan upah utk mengaji al-quran utk disedekahkan kpd si mati..adakah boleh?

5) apakah disunatkan solat jenazah seramai 40 org atau lebih?
itu pun jika ada upah solat baru ramai..klu xder upah,myb 10 jer kut..

diharap pihak ustaz dpt memberikan hujah yg kuat dlm merjawab persoalan ini yg rasanya tak sepatutnya berlaku...wslm

SJ-07-0084 : PERIHAL KEMATIAN

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
1) apa hukumnya meletakkan membakar kemian di sisi jenazah yg biasa dilakukan ketika kematian?

Jika membakar kemenyan dengan niat sebagai lambang ketenangan mayat sebagaimana kepercayaan hindu, atau sebagai menghalau jin dan syaitan sebagaimana kepercayaan sesetengah masyarakat melayu, maka tidak syak hukumnya HARAM kerana ia termasuk dalam amalan khurafat.

Jika tujuan sekadar untuk mewangikan tempat, bukan dengan niat amalan khurafat, maka TIDAK DIGALAKKAN mewangikan di sisi mayat dengan wangian berbentuk bakaran. Kerana menyalakan bara di sisi mayat dan mengiriginya dengan bakaran adalah amalan Jahiliyyah, yang dilarang oleh nas2 hadis.

Antaranya: "Jangan iringi jenazah dengan suara dan bakaran". HR Ahmad (no: 9515), Abu Daud (no: 3173).

Para sahabat Nabi SAW berpesan supaya tidak dinyalakan bakaran apabila mereka mati. Antaranya,
-Abu Hurairah berkata ketika hampir wafat: "Jangan iringi aku dengan bara api". Musnad Ahmad (no: 7914).
-Abu Musa Al-Asyaari ketika hampir wafat berkata: "Jangan iringiku dengan bara api". Sunan Ibn Majah (no: 1487).
-Aisyah r.a. ketika wafat berkata: "Jangan iringiku dengan bara api" Musannaf ibn Abi Syaibah (no: 11172).

Maka menyalakan kemenyan di sisi mayat adalah satu bentuk membuat bakaran di sisi mayat.

Quote:
2) sy sering melihat org2 tua menegur org yg baca yassin disisi jenazah supaya kedudukan org mengaji lebih tinggi dari kedudukan jenazah.apakah ini thabit dari nabi kita ?

Pertama:
Hadis membaca Yasin ke atas mayat, adalah hadis DHAIF, tidak sabit dari Nabi SAW.
-Ibn al-Qattan mengatakan kecacatannya pada idhtirab, pada mauqufnya ia, dan pada perawi bernama Abu Uthman dan ayahnya yg majhul al-Hal.
-al-Daraqatni mengatakan: Sanadnya DHAIF, dan matannya MAJHUL. Tidak ada yang sahih dalam bab ini.
lihat: Talkhis al-Habir 2/104

Kedua:
Jika ditakdirkan hadis ini SAHIH, maka maksudnya ialah membaca Yasin itu kepada orang yg HAMPIR WAFAT, bukan KEPADA JENAZAH, sebagaimana dijelaskan para ulama.
Lihat: Sahih Ibn hibban (menukilkan dari Abu Hatim) 7/269, Kasyful Khafa' m/s 161, Fatawa Lajnah Daemah KSA (no: 1504).

Berkenaan kedudukan pembaca dengan jenazah, setakat ini kami tidak menemui petunjuk berkenaan dengannya daripada sunnah Nabi SAW. Kerana, hadis membaca Quran di sisi jenazah itu sendiri adalah DHOIF, maka bagaimana kita mahu mengetahui kaifiyatnya?

Quote:
3) apakah boleh memberikan upah solat jenazah?
perkara ini sering sy lihat membebankan keluarga si mati..alasan yg digunakan bila ditanya kewajaran perbuatan ini ialah kerana org yg dtg utk solat jenazah ni dtg dr jauh..contohnya sebagai duit minyak..

Memberi upah untuk melakukan IBADAH SOLAT adalah bidaah. Kerana ibadah solat adalah semata2 kerana ALlah Taala.
Pihak keluarga si mayat tidak perlu mengeluarkan belanja untuk solat jenazah, dan pihak jemaah pula janganlah mengharapkan habuan duniawi daripada solat mereka.
Allah telah menulis pahala yg amat besar bagi seseiapa yg menghadiri jenazah sehingga disembahyangkannya iaitu mendapat pahala satu qirat (sebesar bukit Uhud). HR Bukhari (no: 47) dan Muslim (no: 945).

Quote:
4) begitu juga dengan upah utk mengaji al-quran utk disedekahkan kpd si mati..adakah boleh?

Mengaji Quran juga adalah IBADAH MAHDHOH (Ibadah semata-mata), maka ibadah jenis ini tidak boleh diupah. Bila berlaku, tidak sah akad upahan itu.
Tambahan pula ia adalah satu amalan yg tidak ada asal daripada syarak, dan tidak diketahui daripada amalan salaf al-Soleh.

Quote:
5) apakah disunatkan solat jenazah seramai 40 org atau lebih?
itu pun jika ada upah solat baru ramai..klu xder upah,myb 10 jer kut..

Solat Jenazah adalah fardhu kifayah, dan jika boleh dilakukan secara lebih ramai, maka ia lebih baik. Supaya, lebih ramai yang berdoa terhadap si jenazah tersebut.

Sabda Nabi SAW:
"Tidak ada seorang lelaki yg mati, lalu disembahyangkan ke atas jenazahnya oleh 40 orang lelaki yang tidak syirik kepada Allah, melainkan Allah menjadikan mereka syafaat kepadanya". HR Muslim (no: 948).

Tetapi mestilah jemaah yg bersembahyang itu TIDAK MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU, barulah mendapat fadhilat tersebut.
Manakala jemaah yg datang, bukan ikhlas untuk berdoa, tetapi mencari habuan dunia, maka ini termasuk dalam SYIRIK (kecil).