SJ-13-0335 : kajian sains yang tidak dibenarkan Islam?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0335 : kajian sains yang tidak dibenarkan Islam?

:salam kepada ahli panel al-ahkam;

saya mempunyai soalan mengenai kajian sains atau bahasa mdahnya experiment. ade tidak kajian-kajian yang islam tidak benarkan? contohnya menggunakan air mani dalam experiment etc.adakah ianya dibolehkan?

terima kasih.

:wassalam

SJ-13-0335 : kajian sains yang tidak dibenarkan Islam?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan WMA dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Kajian sains atau experiment atau apa-apa kajian lain asal hukumnya adalah harus, selagi mana ia berdasarkan kepada lunas-lunas syariah.

Sains juga merupakan salah satu cara bagi manusia mengenali undang-undang Allah dan ciptaannya, akan tetapi ia tidak boleh dilakukan tanpa garis panduan syariah. Berikut adalah beberapa garis panduan kasar yang boleh digunakan untuk menilai sesuatu ujikaji :-

a. Sesuatu kajian itu bukanlah melibat perkara yang diharamkan oleh Islam, atau membawa kepada perkara yang haram. eg: penyelidikan mempelbagaikan arak.

b. Kajian tersebut tidak boleh membawa kepada perubahan struktur keluarga, dan perpecahan masyarakat. eg; diharamkan penyewaan rahim wanita.

c. Sesuatu kajian itu hendaklah mempunyai munafaat, dibukan dilakukan atas dasar ingin mencuba sahaja. Ia hendaklah bermunafaat kepada manusia dan melindungi manusia dari keburukan.

d. Kajian tersebut hendaklah mempertahankan maruah dan martabat kemanusiaan, sesuatu dengan tujuan Allah menciptanya. Manusia tidak boleh dijadikan subjek kepada uji kaji. eg: manusia klon diharamkan.

--------------
Mengenai mengeluarkan air mani bagi tujuan penyelidikan, Syiekh Abdul Aziz ibn Humayd berkata tidak mengapa. Yang dilarang ialah mengeluarkan air mani tanpa tujuan adalah merupakan perbuatan yang haram. Air mani tersebut boleh dilakukan uji kaji untuk mengetahui sperm count bagi melihat kesuburan [Fataawa Abdul Aziz ibn Humayd, ms 271].

Ujikaji yang diharamkan menggunakan air mani adalah seperti mengklon manusia, menyewa rahim wanita lain; tidak kira air mani atau pun sel dsb.

Sekian, wassalam

خيرالأمين