:salam
Minggu depan sy akan gerak dari kulim ke shah alam dgn menaiki bas. Bas akan bertolak dari stesyen butterwoth jam 11:30pg dan dianggarkan akan smpi di pudu dlm jam 4ptg dan meneruskan perjalanan hingga ke shah alam.
Dalam anggaran sy, akan tiba di shah alam pd jam 6ptg.
Jadi, adakah syara' mengizinkan sy jika sy lakukan jama' dari asar ke zohor di rumah sy?
Pohon penjelasan pari pihak panel AAN sebelum ari khamis minggu depan (8-11-07)
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda sekadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Kami andaikan rumah anda berada di Kulim, dan anda ingin melakukan jama' zohor dan asar sebelum masuk waktu zohor. Jawapannya : tidak boleh melakukan solat fardu sebelum masuk waktunya. Firman Allah swt :-
Alternatif yang anda boleh lakukan adalah seperti berikut :-
a. Anda boleh melakukan solat Qasar Zohor (sahaja) didalam BAS dan menunaikan solat Asar sebaik sahaja sampai di Shah Alam. Pandangan Qasar tanpa Jama' merupakan piihan Syiekh Ibn Taimiyah rh. Beliau menyatakan bahawa adalah lebih baik ditunaikan setiap solat pada waktunya, jika benar-benar tidak ada hajat untuk melakukan jama'. Kerana menurut beliau, Nabi saw sentiasa melakukan solat Qasar pada masa musafir apabila masuk waktu solat tersebut (Majmu' Fatawa, 24/19).
b. atau, lakukan Solat Qasar dan Jama' Zohor dan Asar sebaik sahaja sampai di Pudu Raya. Jika waktu itu masih ada waktu solat zohor, maka bolehlah lakukan Solat Qasar dan Jama' Taqdim.Jika waktu di Puduraya menunjukkan masuk waktu Asar, maka anda boleh menunaikan Solat Qasar dan Jama' Ta'khir.
c. atau, jika keadaan tidak mengizinkan untuk anda melakukan Solat di Puduraya atas sebab-sebeb tertentu (takut terlepas bas dsb), maka anda boleh melakukan Solat Jama' Ta'khir di Shah Alam atas alasan kesukaran untuk melakukan solat. Solat 4 rakaat penuh Zohor dan diikuti oleh Solat 4 rakaat penuh Asar. Anda tidak boleh mengqasarkan solat sebab status musafir telah luput kerana kami andaikan Shah Alam ialah tempat anda bermastautin. Kesukaran untuk bersolat didalam perjalanan juga boleh menyebabkan solat dijama'kan. Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :-
Sekian, wassalam
خيرالأمين