SJ-13-0346 : Jawaban fiqh oleh seorang awam?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0346 : Jawaban fiqh oleh seorang awam?

Assalamu 'alaikum...

Sebahagian kita diberikan ALLAH akan kesempatan membaca dan mengikuti pelbagai persoalan agama di sekitarnya. Mungkin sahaja pemahamannya salah atau betul. Apatah lagi jika beliau merupakan seorang yang bukan berpendidikan agama lanjutan secara khusus/formal.

Namun, berdasarkan sedikit pemahaman dan ilmu, beliau ingin membantu jika terdapat persoalan fiqh yang ditanya masayarakat. Dalil dan rujukan ulama' semasa menjawab tidak pula diberi kepada si penanya. Kerana pengetahuan beliau hanya surface sahaja. Malah, kadang2 ingat-tak ingat.

1. Wajarkah seseorang yang tidak mempunyai latar belakang khusus agama memberi jawapan kepada soalan umum masyarakat tentang agama?

2. Bolehkah dia berkata "Setahu yang saya tahu, hukumnya HARAM". Atau "...hukumnya HARUS". Jika hukum yang sebenarnya sangat bertentangan dengan jawapan yang telah diberikan, adakah beliau berdosa?

Terima kasih.
waAllahu ta'ala a'lam.

SJ-13-0346 : Jawaban fiqh oleh seorang awam?

:wassalam

JAWAPAN:

1.Mengikut pendapat As-Syeikh Dr Abd Karim Zaidan , seseorang yang ÚÜÜÜÜÇãí (yang tidak berlatar belakangkan pendidikan agama ) adakah boleh ia menjawab atau memberikan penerangan tentang masalah hukum hakam agama terbahagi kepada 5 pendapat ulama :

1) Boleh , dengan syarat ia mengetahui hukum masalah tersebut beserta dengan dalil-dalilnya sekali.
2) Boleh , sekiranya dalil kepada masalah tersebut diperolehi daripada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
3) Boleh , dengan cara mengambil kata-kata / pendapat seseorang ulama / mufti tentang seseatu masalah tersebut
4) Boleh , dengan syarat kita mengetahui hukum masalah tersebut berdasarkan kepada pendapat satu-satu mazhab yang kita arif.
5) Tidak boleh sama sekali walaupun ia mengetahui hukum permasalahan tersebut dengan dalil-dalilnya sekali.

Tarjih :

Mengikut penelitian yang dibuat , maka hukum menyampaikan atau menerangkan ilmu agama kepada masyarakat umum oleh seorang yang ÚÜÜÜÜÜÇãí adalah harus / boleh dengan mengikut segala ketetapan syarak atau mengikut salah satu daripada pendapat diatas.

Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis riwayat Imam Bukhari :

ÈÜÜÜÜÜáÛæÇ ÚÜÜÜäí æáæ ÇíÉ

“Sampaikanlah (apa-apa yang diambil) daripada ku walau satu ayat”

[aljami' al-sahih, no 3461, dari Abdullah bin Amru alAsh] thtl

Dan juga berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 159 dan 160:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”

“Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

Ayat diatas adalah larangan daripada menyembunyikan ilmu agama yang kita ketahui daripada disampaikan kepada masyarakat umum…Muhamad Ali as-Sobuni menyebutkan , antara tafsiran ÇáßÜÜÜÜÊãÇä ialah orang yang tidak menyampaikan sesuatu ilmu agama yang diketahuinya kepada yang bertanya.

2. Sebaiknya janganlah mengeluarkan sesuatu kenyataan jika kita tidak pasti tentang hukum sesuatu masalah tersebut , sebagaimana diberitakan oleh Al-Qadhi Abu Yusuf , rakan Imam Abu Hanifah bahawa : “Aku lihat ramai diantara para tok guru kita yang membenci mengeluarkan fatwa-fatwa agama dengan mengatakan : ini halal dan ini haram , kecuali menerangkan apa yang memang sudah tersebut dalam al-Quran.

WA
Ust alJawhar al-Yamani via thtl

Rujukan :

Usul Da’wah , Dr Abd Karim Zaidan , Muassasah al-Risalah 2002 ,
Rawaiul Bayan fi tafsir ayat al-Ahkam min al-Quran , As-Syeikh Muhamad Ali as-Sobuni , Dar Ehya al-Turath al-Arabi , 2001