:salam
dah cuba cari threadnya tapi tak dapat:-
1) Difahami bahawa do'a setelah solat memerlukan pujian kepada Allah & selawat ke atas nabi ketika mula dan tutup do'a. Bagaimana pula dengan do'a selepas tashahud akhir (sebelum salam), perlu buka & tutup dgn pujian & selawat juga ke?
2) Apakah hukum menelangkupkan tangan ketika berdoa tolak bala? Saya pernah terbaca fatwa dari jbtn mufti N9 yg membolehkan sedemikian atas hujah antaranya dgn dalil drpd sahih muslim #896 (kalau tak silap) bahawa Nabi saw telangkup tangan ketika berdo'a sewaktu hujan lebat/ribut.
Bukankah perbuatan nabi tu khusus ketika hujan ribut sahaja dan bukan utk setiap kali berdoa (bid'ah)?
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
1. Adalah digalakkan bagi sesiapa yang ingin berdo'a memulakan dengan memuji Allah dan berselawat keatas Nabi :saw . Diantara hadithnya :-
Riwayat dari Fadaalah ibn 'Ubaid ra. bahawa Nabi :saw bersabda :-
Bagi do'a selepas bacaan Tashahud akhir dan sebelum memberi salam, tidak pula ada petunjuk yang menyatakan perlu memuji dan berselawat keatas Nabi :saw. Jika dilihat pada isi kandungan Tashahud akhir, ia juga mengandungi puji-pujian kepada Allah dan selawat sebagaimana riwayat Bukhari 4/178.
2. Menterbalikkan tangan ketika berdo'a merupakan kaedah yang Nabi :saw lakukan pada solat istisqa'. Sebagaimana yang kita jelaskan diatas, do'a merupakan ibadat, dan ia memerlukan petunjuk dari Nabi :saw. Walaubagaimanapun, terdapat dikalangan ulama' yang berpegang kepada pandangan yang membolehkan membalikkan tangan ketika menolak bala' .
Berikut kami petikkan jawapan didalam Soal-Jawab yang lalu :-
Sekian, wassalam
خيرالأمين