SJ-12-0243 : Ayat ttg kebenaran pukul isteri dalam Al-Quran

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0243 : Ayat ttg kebenaran pukul isteri dalam Al-Quran

Assalamualaikum Wmt Wkth

Mohon jawaban ahli panel tentang isu ini

Apakah maksud sebenar ayat Al-Quran ( tak ingat surah mane ) yang menyatakan bahawa seorang suami itu dibenarkan memukul isteri. Sebab feminis kata ini bukti penganyaian wanita dan Barat kata ini bukti Islam galak keganasan

Wassalam JZKMMLH

SJ-12-0243 : Ayat ttg kebenaran pukul isteri dalam Al-Quran

Al-hamdulillah......

Al-jawab :

Sebenarnya dalam Islam memang terdapat hukum keharusan untuk memukul isteri.Walaupun begitu , ianya tidak semudah itu untuk si suami memukul isterinya tanpa sebarang sebab musabab yang wajar dan dibenarkan dalam Islam.

Banyak prosedur dan syarat yang perlu diikuti oleh si suami sebagai langkah untuk menasihati isterinya sebelum mengambil jalan terakhir dalam proses tersebut iaitu dengan memberikan pengajaran yang lebih keras seperti memukulnya.

Ini sebagaiamana yang terkandung dalam surah an-Nisa’ ayat 34 – 35 :

æóÇááÇøóÊöí ÊóÎóÇÝõæäó äõÔõæÒóåõäøó ÝóÚöÙõæåõäøó æóÇåúÌõÑõæåõäøó Ýöí ÇáúãóÖóÇÌöÚö æóÇÖúÑöÈõæåõäøó ÝóÅöäú ÃóØóÚúäóßõãú ÝóáÇó ÊóÈúÛõæÇú Úóáóíúåöäøó ÓóÈöíáÇð Åöäøó Çááøåó ßóÇäó ÚóáöíøðÇ ßóÈöíÑðÇ

“dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.

Jelas daripada ayat tersebut , langkah pertama yang perlu diambil oleh suami apabila didapati isterinya telah melakukan nusyuz (penderhakaan) ialah :

1. Menasihati dengan sepenuh daya dan usaha , dan jika masih
berdegil maka hendaklah….
2. Pulaukannya di tempat tidur , dan jika masih lagi berdegil , maka
3. Yang terakhir barulah dipukul.Itu pun dengan pukulan yang ringan
bertujuan untuk memberi pengajaran.

Itulah dia ajaran Islam yang memang lebih menitik beratkan soal pencegahan dan pengubatan….Bukannya bertujuan untuk menghukum dan menyeksa mereka-mereka yang tersalah atau terlanjur dalam perbuatan dosa dan sebagainya.Islam meletakkan kaedah memukul isteri itu pada kaedah yang terakhir setelah didapati tidak ada jalan lagi untuk menyelesaikan segala konflik yang berlaku dalam rumah tangga , dan dalam situasi tersebut juga , masih lagi Islam menyarankan agar dipukul dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut supaya tidak menyakitkan si isteri.Ini kerana tujuan pukulan itu sendiri adalah untuk memberikan kesedaran sahaja , bukan sebaliknya.

Begitu juga , dengan sikap Rasulullah saw sendiri yang memang tidak pernah memukul isteri-isterinya , kecuali dalam perkara-perkara yang melanggar perintah Allah swt.Maka pukulan atau hukuman ketika itu adalah kerana Allah swt.Sebagaimana hadis dibawah :

ãóÇ ÖóÑóÈó ÑóÓõæá Çááøóå Õóáøóì Çááøóå Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÇöãúÑóÃóÉ áóåõ æóáóÇ ÎóÇÏöãðÇ ÞóØøõ , æóáóÇ ÖóÑóÈó ÈöíóÏöåö ÔóíúÆðÇ ÞóØøõ ÅöáøóÇ Ýöí ÓóÈöíá Çááøóå Ãóæú ÊõäúÊóåóß ÍõÑõãóÇÊ Çááøóå ÝóíóäúÊóÞöã áöáøóåö

Maksudnya : “Rasulullah s.aw. tidak pernah memukul isteri mahupun khadamnya sama sekali; dan beliau sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, kecuali pada jalan Allah sahaja atau kerana larangan-larangan Allah dilanggar, maka beliau menghukum kerana Allah.

(HR Imam Ahmad dalam Musnadnya , no : 22906 , 24734 , 24765)

Ada pun kenyataan saudara bahawa , pihak barat dan feminis menjadikan ayat al-Quran di atas sebagai hujah bahawa Islam menggalakkan keganasan adalah tidak boleh diterima pakai dan ianya tertolak dengan sendirinya oleh umat Islam yang meyakini akan keadilan dan kebijaksanaan Allah swt.Sikap dan perangai golongan kafir barat ini sejak dari dulu lagi hinggalah ke hari ini ialah dengan menimbulkan segala macam keraguan dan kekeliruan di hati setiap individu muslim dengan cara memutar belitkan ayat al-Quran dan hadis Nabi saw.

Apa yang harus saudara buat apabila berhadapan dengan situasi tersebut ialah dengan mem’bakul’ sampahkan kenyataan tersebut dan bertanyalah kepada mereka yang arif dan tahu serta jujur dalam menyampaikan hal ehwal Islam.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com