SJ-07-0122 : benarkah kisah terpisahnya roh dari tubuh ini?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0122 : benarkah kisah terpisahnya roh dari tubuh ini?

:salam

Saya ingin tahu kesahihan kata2 Rasulullah s.a.w & Firman Allah Azza Wajalla ini serta maklumat2 dlm artikel ini.terima kasih.

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

a) 100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari :
Pusat rasa bergerak-gerak.

c) 40 hari :
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan
jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang
dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat
kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu
akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari :
Mengidam makanan.

e) 5 hari :
Anak lidah bergerak-gerak.

f) 3 hari :
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

g) 2 hari :
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

h) 1 hari :
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu
subuh and asar.

i) Saat akhir :
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang
solbi (di bahagian belakang badan)
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir
sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi
bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang
kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai
ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi
satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang
lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang
disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa
kepada
orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah
kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail
A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang
yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila ALLAH S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin
itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui
jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada ALLAH S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka
dia pun kembali kepada ALLAH S.W.T. dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah ALLAH
S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini
telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba
pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga
gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini
sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat
dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah
telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga
ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin
dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri
mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan
mata ini sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada ALLAH
S.W.T. Kemudian ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma ALLAH S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma ALLAH dan cintanya kepada
ALLAH S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi
setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar
R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.

SJ-07-0122 : benarkah kisah terpisahnya roh dari tubuh ini?

:wassalam

al-Jawab:

Artikel junk. Layak utk dibakulsampah aje. Mana ada orang mati hidup balik dan menceritakan detik2 100 harinya. kemungkinan dicipta oleh mereka yang menyeru kepada tahlil arwah, hari ke 3, 5, 40 dan kenduri ke 100 kematian. Tidak asalnya dalam agama. Apa jua artikel yang contentnya pelik, maka jika tidak ada referensi, maka jauhilah dia kerana ia dikarang oleh zindik. WA