Assalamualaikum Wmt Wkt
Didoakan agar semua ahli panel dalam inayah Allah
1. Adakah perbuatan ini bid`aah - mengingati mati sebelum tidur dengan cara berbaring di atas kain putih selama 7 malam - ( 7 malam hujjahnya supaya kesan tazkiratul maut itu berkekalan di dalam hati ? )
Jzkmmlh
Wassalam
:wassalam
al-Jawab:
Tak adalah bid'ah. Ini kerana yang sunnah ialah banyak mengingati akan mati. Caranya terpulanglah kepada cara masing-masing. Yang dianjurkan oleh Nabi SAW ialah supaya selalu ziarah kubur. Kalau anda merasakan berbaring di atas kain putih itu lebih berkesan dari ziarah kubur, maka ia tidak bid'ah. Bahkan diceritakan ada ahli sufi yang menggali kubur dalam rumahnya, dan sebelum tidur dia masuk dan baring dalam kubur itu. Cuma yang ditegah ialah bercita-cita dan berharap nak mati...bersiap sedia sebelum mati atau selalu ingat akan mati itu digalakkan. WA