SJ-07-0125 : dalil doa qunut subuh???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0125 : dalil doa qunut subuh???

:salam kepada panel al-ahkam @ rakan2..saya ingin mengetahui apakah dalil yg digunakan imam syafi'i mengenai doa qunut subuh..?? maaf sekiranya soalan ulangan..dan apakah hujah yg mengatakan dlm solat subuh x de doa qunut. sekian ::wink:

SJ-07-0125 : dalil doa qunut subuh???

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Tidak ada perselisihan, bahawa Nabi SAW ketika hayatnya pernah berdoa qunut dalam Solat Subuh. Cuma, khilaf adakah baginda berterusan berqunut dalam Subuh, ataupun baginda hanya berqunut disebabkan musibah yg menimpa kaum muslimin.

Sebahagian ulama mengatakan: Tidak ada qunut berterusan dalam Solat Subuh. Ia hanya dilakukan bersempena musibah, sebagaimana tersebut dalam hadis Anas bin Malik bahawa Nabi SAW qunut dalam solat Subuh selama SEBULAN, berdoa ke atas beberapa kabilah Arab; Zakwan, Ushaiyyah dll. (direkod dalam Sahih Bukhari no 3863 dan Muslim no 677).

Pendapat ini dipelopori oleh para fuqaha ahli hadith, dan ia diamalkan oleh khulafa rasyidin.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata: Sunnah Rasulullah SAW dan para khulafa rasyidin menunjukkan bahawa Qunut hanya disyariatkan ketika sebab-sebab tertentu, dan bukannya dijadikan amalan berterusan. (Majmuk Fatawa 23/66).

Mazhab Syafie dan Malik pula mengatakan sunat qunut Subuh secara berterusan. Imam Nawawi menibahkan pendapat ini kepada kebanayakan salaf. (Majmuk 3/504).

Antara dalilnya ialah hadis Anas bin Malik: Bahawa Nabi SAW qunut selama sebulan bedoa ke atas mereka (Arab Kuffar), kemudian baginda menghentikan qunut itu. Adapun dalam Solat Subuh, baginda sentiasa berqunut sehingga meninggal dunia". (Direkod dalam Sunan Daraqutni, Bab Sifat Qunut no: 10, dan Sunan Kubro Baihaqi no: 2926).

Cuma, hadis ini diperselisihkan adakah sahih atau dhaif. Sebahagian ulama menilainya sahih, dan sebahagian menilainya dhaif disebabkan ada perawi yang diperkatakan tentangnya iatu Abu Jaafar al-Razi.

Wallahu A'lam.