Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, saya sudah lihat perbahasan mengenai solat sunat secara berjemaah, seperti link di bawah ini.
Tetapi, timbul persoalan lain, apa hukumnya , berqiyamulail secara berjamaah di masjid/surau [pada bulan-bulan selain bulan Ramadhan].
Seperti mana yang dilakukan disesetengah masjid-masjid, surau-surau dan institusi pengajian.
Syukran....
wa'alakumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Solat-solat sunat atau Qiamulail yang dilakukan secara berjemaah di masjid juga merupakan solat sunat yang tidak dituntut untuk dilakukan secara berjamaah, seperti solat tahajjud. Imam Nawawi rh didalam Kitab al-Majmu' Sharh al-Muhazab (3/499) berkata bahawa solat-solat ini tidak diminta berjemaah keatasnya, akan tetapi jika melakukannya secara berjamaah, solatnya sah.
Syiekh Ibn Utsaimin rh pernah ditanya mengenai soalan yang sama (contoh yang nyatakan adalah solat Dhuha berjamaah), kata beliau : solat sunat berjamaah dilakukan kadang-kadang tidaklah mengapa (La ba'sa) kerana sesungguhnya Nabi :saw pernah diriwayatkan bersolat bersama sahabatnya didalam beberapa malam; contohnya pernah bersolat sekali bersama Ibn Abbas ra, sekali bersama Ibn Mas'ud, sekali bersama Huzaifah al-Yaman ra, dimana bersama Huzaifah dikhabarkan Nabi :saw membaca surah al-Baqarah, al-Nisaa', dan Aal-Imran (Majmu' fataawa wa rasaail, 14/334-335).
Bagi solat rawaatib yang dikuti dengan solat fardu, tidak pernah diketahui dilakukan oleh Nabi :saw. Solat seperti Solat Malam yang bukan didalam bulan Ramadhan (Qiamulail), tidaklah mengapa dilakukan seacara berjemaah kadang-kadang (Ibn Utsaimin, al-Sharh al-Mumthi', 2/78).
Merujuk kepada soalan yang anda nyatakan, solat tersebut hukumnya sah. Masjid, Universiti, IPTA dsb biasanya melakukan Qiamulail setahun sekali. Kekerapannya adalah kadang-kadang. WA.
Sekian, wassalam.
خيرالأمين