SJ-11-0219 : Wang Insuran Dikira Pusaka?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0219 : Wang Insuran Dikira Pusaka?

:salam

ana ada 4 soalan utk ustaz... di harap mendapat jawapan dengan kadar segera :

Kawan ana kematian suami di tempat kerja.. beliau mendapat sejumlah wang pampasan dr syarikat suami nya bekerja.

soalan

1. adakah wang tersebut harus diagihkan secara fara'aid
2. adakah wajib dikeluarkan zakat
3. apakah syarat seorg ibu/bapa yg membolehkan terima zakat
dari anaknya.
4. adakah wang tersebut boleh digunakan sepenuhnya oleh kwn ana bg
perbelanjaan ank2 dan dirinya.

sekian.. jazakallah

SJ-11-0219 : Wang Insuran Dikira Pusaka?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Wang pampasan kematian yang dibayar oleh sesebuah syarikat, atau syarikat insurans, tidak dkategorikan sebagai harta pusaka. Kerana wang tersebut bukan hak miliknya sebelum kematian. Maka ia tidak mengambil hukum faraidh.

Berkenaan kepada siapakah diserahkan wang pampasan itu, ia terserah kepada budi bicara syarikat terbabit, atau mengikut perjanjian yang sudah dipersetujui.

2. Wang tersebut dikira sebagai 'al-mal al-mustafaad', maka tidak dikenakan zakat ketika ia diperolehi. Ia dikenakan zakat, jika mencukupi haul setahun, dan masih dalam lingkungan nisab zakat.

3. Seseorang anak tidak boleh memberikan zakat kepada ibu atau ayahnya, kerana sudah menjadi kewajipan kepada si anak untuk memberi nafkah kepada mereka jika mereka memerlukan pembiayaan.

Rujuk: SJ-11-0187 : Memberi zakat kepada ibu

URL: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36449

4. Pampasan kematian sudah pasti diberikan untuk perbelanjaan orang-orang yang di bawah tanggungan simati, iaitu isteri dan anak-anaknya.

Wallahu A'lam.