SJ-05-0387 : Hukum solat sunat secara duduk ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0387 : Hukum solat sunat secara duduk ?

:salam

Apakah hukum solat sunat secara duduk tanpa uzur ?
Terawih sekarang ni terdapat ramai yg solat secara duduk tapi nampak sihat je orangnya.
Adakah dibolehkan begitu ?

SJ-05-0387 : Hukum solat sunat secara duduk ?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.

Adalah jelas bahawa didalam solat fardu, seseorang yang solat secara duduk akan tetapi dia mampu berdiri (tidak uzur), solatnya tidak sah jika dilakukan dengan sengaja. Perkara ini dijelaskan didalam sebuah hadith riwayat Imran bin Husain berkata : Rasulullah :saw bersabda :-

Õáøö ÞÇÆãÇð ÝÅä áã ÊÓÊØÚ ÝÞÇÚÏÇð ¡ ÝÅä áã ÊÓÊØÚ ÝÚáì ÌäÈ
dir="ltr">"Solatlah berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solat duduk, jika tidak mampu, maka solat mengiring [Hadith Riwayat al-Bukhari #1117]

Bagi solat sunat pula, Ijma' ulama' berpendapat bahawa sah solat sunat secara duduk tanpa ada keuzuran, cuma mereka berpendapat pahala orang yang bersolat sunat secara duduk adalah separuh pahala solat sunat mereka yang berdiri.

Hadith dari Abdullah ibn 'Amr ra. berkata : Aku diberitahu bahawa Rasulullah :saw bersabda :-

ÕóáÇÉõ ÇáÑøóÌõáö ÞóÇÚöÏðÇ äöÕúÝõ ÇáÕøóáÇÉö . ÞóÇáó : ÝóÃóÊóíúÊõåõ ¡ ÝóæóÌóÏúÊõåõ íõÕóáøöí ÌóÇáöÓðÇ ¡ ÝóæóÖóÚúÊõ íóÏöí Úóáóì ÑóÃúÓöåö ¡ ÝóÞóÇáó : ãóÇ áóßó íóÇ ÚóÈúÏó Çááøóåö Èúäó ÚóãúÑòæ ¿! ÞõáúÊõ : ÍõÏøöËúÊõ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö Ãóäøóßó ÞõáúÊó : ÕóáÇÉõ ÇáÑøóÌõáö ÞóÇÚöÏðÇ Úóáóì äöÕúÝö ÇáÕøóáÇÉö ¡ æóÃóäúÊó ÊõÕóáøöí ÞóÇÚöÏðÇ ! ÞóÇáó : ÃóÌóáú ¡ æóáóßöäøöí áóÓúÊõ ßóÃóÍóÏò ãöäúßõãú
dir="ltr">"Solat seseorang lelaki yang duduk adalah separuh solat (mereka yang berdiri). Aku datang kepadanya dan mendapati beliau solat duduk. Aku meletakkan tanganku diatas kepalanya dan baginda bertanya : Ada apa hal Ya Abdullah ibn 'Amr? Aku berkata : Aku telah diberitahu Ya Rasulullah sesungguhnya engkau telah berkata Solat seseorang lelaki yang duduk adalah separuh solat (mereka yang berdiri), dan kamu bersolat duduk. Baginda berkata : YA, akan tetapi aku bukan sebagaimana salah seorang dari kamu" [Hadith Riwayat Imam Muslim #1214].

Imam al-Nawawi rh didalam mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa ini bermaksud solat seseorang yang duduk hanyalah separuh pahala mereka yang berdiri, dengan maksud solatnya SAH akan tetapi pahalanya kurang sedikit. Hadith ini merujuk kepada sunat mereka yang mampu berdiri akan tetapi melakukan secara duduk. Akan tetapi bagi mereka yang tidak mampu berdiri (uzur), pahala solat sunatnya tidak berkurangan, malahan ia sama seperti mereka yang solat sunat secara berdiri.

Hukum yang sama boleh diaplikasikan didalam solat sunat tarawih seperti yang anda nyatakan diatas. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين