SJ-12-0312 : hukum bersalam dengan isteri bapa saudara

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0312 : hukum bersalam dengan isteri bapa saudara

Assalamualaikum,
Apakah hukum bersalam dengan isteri kepada bapa saudara

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0312 : hukum bersalam dengan isteri bapa saudara

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Soalan ini sebenarnya tidak jelas dan tidak diterangkan bahawa yang bertanya ini adalah perempuan atau lelaki.

Secara ringkasnya , seseorang lelaki tidak boleh bersalaman dengan mana-mana mak saudaranya yang bukan adik beradik kepada bapa atau ibunya.

Begitu juga seorang perempuan tidak boleh bersalaman dengan mana-mana bapa saudaranya yang bukan dikalangan adik beradik bapa atau ibunya.

Apa yang dibenarkan ialah bersalaman dengan adik beradik kepada bapa atau ibu sahaja dan mereka itu semua adalah golongan yang haram dinikahi sampai bila-bila , sebagaimana dalil daripada firman Allah swt dalam surah an-Nisa ayat 23 :

Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com