SJ-07-0160 : bacaan qunut witir selain doa yang biasa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0160 : bacaan qunut witir selain doa yang biasa

:salam

Mengenai bacaan dalam qunut witir adakah boleh saya membaca doa mengikut doa yang saya kehendaki dari doa-doa dalam quran n hadis nabi saw selain membaca bacaan yang biasa dibaca seperti "allahumah dinni...." dan "allahuma inni auzubizaka min sha khatiq......"Tolong jelaskan sebab bila saya melihat imam masjidil haram membaca qunut witir doanya agak panjang n bila diamati doanya ada terdapat 2 doa yang saya sebutkan diatas dan bacaan lain juga...

SJ-07-0160 : bacaan qunut witir selain doa yang biasa

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Asy-Syaikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid menyebutkan dalam bukunya “Tashih ad-Du’a” , ms : 464 bahawa :

Adalah dibolehkan untuk sesiapa pun menambah doa-doa yang lain dalam bacaan qunut semasa solat witir dengan syarat doa-doa tersebut diambil daripada hadis-hadis Nabi saw dan juga doa-doa yang terdapat dalam al-Quran.

Apa yang jelas , kita dibenarkan untuk menambah doa qunut tersebut dengan doa-doa yang thabit dari Rasulullah saw dan juga daripada kitabullah , al-Quran al-Karim.Ini kerana tidak ada dalil atau tegahan pun dari Rasulullah saw yang melarang kita daripada menambah atau membaca doa-doa selain dari yang diajar oleh Baginda saw diwaktu qunut.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com