SJ-08-0108 : kahak ketika berpuasa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0108 : kahak ketika berpuasa

1)boleh kah menelan kahak ketika berpuasa walaupun tidak selsema ...(tak tau kahak atau tidak tapi kadang2 ada rasa melekit di tekak tapi menelannnya)

saya ada tanya pendapat di forum lain mengatakan tidak boleh dan perlu buang walaupun ketika itu tak selsema atau selsema

tapi saya tanya seorang ustazah,dia mengatakan boleh sebab ia memang dalam mulut kita)

jadi saya telah telan kahak walaupun ada mengatakan tidak boleh,adakah saya perlu ganti puasa saya?

2)ketika smyg jika kahak keluar dari tekak,adakah perlu berhenti solat?

SJ-08-0108 : kahak ketika berpuasa

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Berikut adalah petikan Soal-Jawab yang lalu mengenai kahak.

SJ-08-0040 : Telan kahak ketika puasa? wrote:
Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa kahak itu kotor, kalau boleh hendaklah dibuangkan. Walaupun begitu, ia tidak membatalkan puasa. Kata beliau :-

æáßäåÇ áÇ ÊõÝØÑ ÇáÕÇÆã ÅÐÇ ÇÈÊáÚåÇ º áÃäåÇ áã ÊÎÑÌ ãä ÇáÝã ¡ æáÇ íõÚÏ ÈáÚåÇ ÃßáÇð æáÇ ÔÑÈÇð ¡ Ýáæ ÇÈÊáÚåÇ ÈÚÏ Ãä æÕáÊ Åáì Ýãå ÝÅäå áÇ íõÝØÑ ÈåÇ .
dir="ltr">"Akan tetapi ia (kahak) tidak membatalkan puasa jika ditelan! Kerana sesungguhnya ia tidak keluar dari mulut, dan ia tidak ditelan sebagai makanan atau minuman, dan jika menelannya setelah sampai ke mulut, ia tidak membatalkan puasanya" [al-Sharh al-Mumthi' ala Zaadil Mustaqni', 6/248].

Fatwa IslamOnline juga menyebut bahawa pandangan yang agak benar adalah menelan kahak tidak membatalkan puasa kerana ia termasuk didalam bab kesukaran / kesusahan bagi seseorang membuangkan kahak pada setiap kali. Walaubagaimanapun, jika menelan itu dilakukan tidak sengaja, sepakat ulama' mengatakan tidak batal.[http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=wyEX42]

Dr Abdullah al-Faqih juga mengkelasifikasikan isu menelan / tertelan kahak sebagai isu ketidak upayaan atau kesukaran seseorang itu membuang kahak, dimana Allah swt tidak membebankan seseorang dengan perkara yang tidak mampu mereka elakkan. Firman Allah swt :-

áóÇ íõßóáøöÝõ Çááøóåõ äóÝúÓðÇ ÅöáøóÇ æõÓúÚóåóÇ
dir="ltr">"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." [Surah al-Baqarah : 286]
(http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=43292&Option=FatwaId)

sumber : http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=posting&mode=quote&p=78584

2)ketika smyg jika kahak keluar dari tekak,adakah perlu berhenti solat?

Apabila berlaku perkara tersebut, tidak perlu membatalkan solat dan jangan telan kahak tersebut . Apa yang perlu dilakukan adalah mengeluarkan sapu tangan dan meludahkan kahak tersebut. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين