SJ-13-0486 : Mati Pada Ramadhan Dijamin Syurga?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0486 : Mati Pada Ramadhan Dijamin Syurga?

:salam

Adakah mereka yg mati di bulan Ramadhan semuanya masuk syurga..?Disebabkan ada dalil yg menyatakan pd bulan Ramadhan semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup.

Termasuk mereka yg mati di tempat tidur dan sebagainya..

Harap panel yg b'tauliah dpt berikan dalil al-quran n hadis yg sahih..

Syukran..

SJ-13-0486 : Mati Pada Ramadhan Dijamin Syurga?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Setakat pencarian kami, tidak ada nas-nas yang menyebut jaminan syurga bagi orang yang mati pada bulan Ramadhan.

- Hadis yang menyebut bahawa pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka, samada maksudnya secara hakiki ataupun secara kiasan bahawa banyak peluang pahala dan keampunan pada bulan itu, ia tidak sekali-kali menunjukkan jaminan syurga bagi orang yang mati pada bulan Ramadhan.

- Yang pasti, sesiapa yang mati dalam keadaan mentauhidkan Allah, akan masuk ke dalam syurga, samada mati pada bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain.

Wallahu A'lam.