SJ-10-0104 : Ikan Paus Boleh Dimakan Tanpa Sembelih?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0104 : Ikan Paus Boleh Dimakan Tanpa Sembelih?

:salam

Soalan saya, adakah semua binantang yang diair yang tidak dua alam halal dimakan termasuk ikan paus? tp ikan paus adalah spesis mamalia? bagaimana tu?

Berdasarkan hadith (copy paste)

Hadis Sahih Bukhari, Volume 3, Book 44, Number 663:
Dikisahkan oleh Jabir bin 'Abdullah:
Rasul Alalh mengirim sejumlah tentara ke pantai Timur dan menunjuk Abu 'Ubaida bin Al-Jarrah sebagai pemimpin pasukan dan seluruh jumlah tentara adalah 300 orang termasuk diriku. Kami bergerak sampai mencapai sebuah tempat dan persediaan makanan kami sudah hampir habis. Abu 'Ubaida memerintahkan kami untuk mengumpulkan semua makanan yang dibawa di perjalanan. Bekal makananku adalah buah2 kurma. Abu 'Ubaida memberi kami setiap hari jatah makanan sejumlah kecil buah kurma, sampai semuanya habis. Bagian setiap orang hanyalah sebiji kurma setiap hari.

Aku berkata, “Bagaimana bisa sebiji kurma bermanfaat bagiku?” Jabir menjawab, “Kita akan tahu nilainya jika kurma itu sudah habis semua.” Jabir menambahkan, “Ketika kami tiba di tepi pantai, kami melihat seekora ikan sangat besar seperti sebuah gunung kecil. Para tentara memakannya sampai selama 18 hari. Lalu Abu 'Ubaida memerintahkan tentara untuk memotong dua buah iga ikan dan mereka lalu memotongnya di atas tanah. Lalu Abu ‘Ubaida memerintahkan agar
seekor unta betina ditunggungi dan unta itu berjalan melalui bagian bawah kedua iga itu (yang berbentuk seperti busur melengkung) tanpa menyentuhnya.

SJ-10-0104 : Ikan Paus Boleh Dimakan Tanpa Sembelih?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Jumhur Ulama' menyatakan bahawa semua penghidupan laut, termasuklah ikan paus dan apa-apa penghidupan adalah halal dimakan tanpa sembelih. Ini berdasarkan firman Allah swt :-

ÃõÍöáøó áóßõãú ÕóíúÏõ ÇáúÈóÍúÑö æóØóÚóÇãõåõ ãóÊóÇÚðÇ áóßõãú
dir="ltr">"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) " [surah al-Maaidah : 96].

Cuma ada beberapa ulama' yang mentafsirkan perkataan ta'amuhu (makanan dari air) sebagai ikan sahaja. Akan tetapi jumhur mengatakan bahawa apa-apa yang boleh dimakan, yang hidup didalam laut adalah halal dimakan; termasuklah ikan paus, udang, ketam dsb, kerana ini dikatakan lebih hampir dengan maksud bahawa al-Quran itu sendiri.

Didalam sebuah riwayat Imam Ahmad rh, ketka Nabi :saw ditanya mengenai air laut, baginda menjawab :-

åõæó ÇáØøóåõæÑ ãóÇÄõåõ ÇáúÍöáø ãóíúÊóÊå
dir="ltr">"Airnya suci dan mayatnya (kehidupan laut) adalah halal"

Begitu juga dengan hadith yang dinyatakan diatas, Jabir ra. melapurkan semasa para sahabat didalam satu expedisi, mereka telah berjumpa dengan ikan paus yang mati ditepi laut, dan mereka memunafaatkannya lebih dari 20 hari. Apabila pulang ke Madinah, mereke telah memberitahu Nabi :saw mengenai perkara ini dan baginda mengatakan bahawa : makanlah makanan yang Allah kurniakan kepada kamu dan berilah kami makan jika ada lebihan. Maka mereka pun membawa daging ikan paus dan dia memakannya.

Jelas disini menunjukkan bahawa ikan paus juga termasuk dikalangan makanan dari laut yang halal dimakan tanpa sembelih sebagaimana yang dijelaskan didalam Surah al-Maaidah ayat 96 dan hadith riwayat Jabir ra. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين