SJ-06-0104 : pindah rumah (jamak dan qasar)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0104 : pindah rumah (jamak dan qasar)

assalamualaikum..

ana baru berpindah rumah yang jaraknya dibolehkan untuk solat jamak dan qasar..

soalan:

1) kali pertama ana tiba di rumah baru(sewaktu berpindah), adakah dibolehkan untuk ana solat jamak dan qasar? jika boleh, selama mana tempoh rukhsah tersebut?

2) jika ana bermusafir ke rumah lama ana katakan 3 atau 4 hari selepas berpindah, adakah ana diperbolehkan untuk solat jamak dan qasar di situ?

maaf jika soalan ni berulang..jazakallahulkhair

Re: pindah rumah (jamak dan qasar)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Untuk tidak mengulangi jawapan, sila rujuk kepada tautan yang kami paparkan dibawah.

Jawapan 1 : Kami andaikan ini merupakan tempat baru anda, dan anda akan menjadikanya sebagai tempat tinggal anda, dan tidak akan berpindah lagi. Perpindahan ini bukanlah bersifat sementara. Jika ini yang berlaku, ia bermakna anda telah berpindah ke watan asli yang baru, contohnya "tempat A". "Tempat A" merupakan watan asli yang baru, dan anda rusah memendikkan solat tidak ada lagi. Status watan asli di "Tempat B" telah terbatal.

Jawapan 2 : "Tempat B" merupakan bekas watan asli anda. Jika anda bermusafir kesana selepas perpindahan, ruhsah memendikkan solat diperbolehkan. "Tempat B" bukan lagi watan Asli anda. Anda hanyalah sebagai seorang Musafir.

Andaian atau scenario ini anda boleh rujuk kepada tautan di bawah :

SJ-06-0101 : Solat Jamak & Qasar di Kampung : boleh atau X?
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=38443

Sila rujuk jawapan sebelum ini mengenai definasi dan perubahan yang berlaku apabila berlaku perindahan pada watan asli :-

SJ-06-0103 : Niat iqamah/menetap
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=39043

Sila baca juga definasi watan asli didalam tautan yang telah di jawab oleh Ustaz Izrail (Dr Ahmad Wifaq)

SJ-06-0092 : Watan Asli
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=9&t=36967&p=157588#p157588

Berikut merupakan fatwa yang kami rujuk :

Dr Ahmad al-Haj al-Kurdi (Pakar Rujuk Syariah Majlis Fatwa Kuwait dan Ensaiklopedia Fiqh)
http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=7924

Buku rujukan : Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - jld 2 . cet ke3. Daar al-Fikr, 1989, ms 341.

خيرالأمين