SJ-06-0091 : Keliru dengan jawapan panel fiqh

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0091 : Keliru dengan jawapan panel fiqh

:salam

Saya sedikit keliru berkenaan jawapan yang diberikan oleh panel2 berkenaan dengan persoalan Jamak & qasar di kampung.

SJ-06-0074 : Jamak & Qasar Di Kampung
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=37042&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=&sid=d005bde939bc17ae2eaaac8fce36fc67

SJ-06-0071 : Solat Qasar masa balik kampung
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36947&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=&sid=d005bde939bc17ae2eaaac8fce36fc67

Untuk jawapan SJ-06-0074 mengatakan "Seseorang musafir boleh melakukan jama' dan qasr walaupun telah sampai ke kampung tempat kelahirannya atau tempat ibu bapanya membesar."

sementara SJ-06-0071 Menyatakan perlu bersolat seperti biasa(penuh) kerana kita diistilahkan sebagai watan asli.

Soalan saya, adakah kita boleh mengambil mana-mana pendapat? atau adakah pemahaman saya tentang kedua2 jawapan tersebut kurang tepat, yang mana kedua2 soalan tersebut sebenarnya adalah berbeza (tidak sama keadaannya).

Terima Kasih

Re: Keliru dengan jawapan panel fiqh

:wassalam

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah sallaLlahu 'alaihi wasallam

Untuk jawapan SJ-06-0074 yang mengatakan "Seseorang musafir boleh melakukan jama' dan qasr walaupun telah sampai ke kampung tempat kelahirannya atau tempat ibu bapanya membesar." adalah merujuk kepada orang yang telah berhijrah ke tempat lain dan berniat untuk berkekalan menetap di tempat baru itu. Bagi orang ini, boleh melakukan jama' dan qasr walaupun telah sampai ke kampung halamannya yang bukan lagi tempat tinggalnya.

sementara SJ-06-0071 yang menyatakan perlu bersolat seperti biasa(penuh) kerana kita diistilahkan sebagai watan asli, adalah merujuk kepada orang yang telah berhijrah ke tempat lain dan TIDAK berniat untuk berkekalan menetap di tempat baru itu. Bagi orang ini, tidak boleh melakukan jama' dan qasr di kampung halamannya kerana ia adalah watan aslinya.

:aklam

Rujukan:
- Al-Mausua'ah Al-Kuwaitiah: 28/272-273