:salam
1.Masaalah lupa serta lalai dlm solat
sekiranya saya berada dalam keadaan lupa rakaat solat kemudian saya teringat semula selepas beberapa ketika dalam solat yg sama, apa yg perlu saya lakukan?
sekiranya saya lalai dalam solat, seperti saya x yakin sudah sujud dua kali apa yang patut dilakukan?
2.Adakah air zamzam boleh digunakan untuk dibancuh air seperti kopi, dan lain lain, untuk tujuan minum biasa?
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Didalam permasalahan ini, Nabi :saw memberi dua kaedah :-
1. Seseorang syak keatas bilangan rakaat yang dia telah solat, akan tetapi berfikir salah satu jumlah rakaat yang berkemungkinan benar. Didalam kes ini hendaklah dia bertindak diatas bilangan rakaat yang dia yakini, kemudian dia memberi salam dan melakukan sujud al-sahw selepas salam.
2. Apabila dia tidak yakin langsung dengan bilangan rakaat. Didalam kes ini hendaklah dia bertindak diatas bilangan yang kurang, kerana itu lebih pasti berbanding dengan bilangan besar yang masih sangsi. Hendaklah dia menyempurnakan solat diatas bilangan yang kurang, kemudian melakukan sujud al-sahw sebelum salam.
Begitu juga hukumnya kepada yang lupa bilangan rakaat setelah selesai memberi salam. Hadith dari Abu Hurairah ra. yang berkata :-
Didalam kes sujud, jika tidak pasti sudah sujud 2 kali atau satu kali, maka pilih yang sudah sujud sekali.
Air zamzam ini kelebihannya adalah diniatkan atas apa yang kita hajati. Sabda Nabi :saw :-
Tidak menjadi masalah dijadikan air zamzam sebagai minuman yang dibancuhkan bersama kopi, Oren Tang dsb. Menurut al-'Alamah al-Bahuti rh bahawa hanya ini sahaja dianggap makruh; yakni menggunakan zamzam untuk membersihkan najis.
Beberapa ulama' menggalakkan jemaah membawa balik air zamzam bersama mereka pulang ke negara masing2, kerana ia boleh digunakan untuk mengubat sakit. A'isyah ra. diriwayatkan membawa balik air zamzam didalam botol-botol dan berkata "Rasulullah :saw telah mengambil beberapa bersamanya, dan baginda pernah menuangkan kepada orang yang sakit dan memberi mereka minum" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi, 4/37].
Sekian, wassalam
خيرالأمين