Kita semua tahu bahawa sebelum imam membaca khutbah jumaat,khatib bangun memberi peringatan bahawasanya kita tidak boleh berkata-kata semasa imam membaca khutbah nescaya sia-sia pahala jumaat kamu.Persoalnya adalah :
1)Adakah dengan meng"aminkan" doa imam secara kuat dikira berkata-kata semasa imam membaca khutbah.Kerana ada satu ceramah agama mengatakan bahawa sia-sia pahala jumaat sekiranya berbuat demikian.
2) Apakah hukum mengangkat tangan semsa imam berdoa sebelum akhir khutbah jumaat.Saya lihat ada ramai tidak mengangkat tangan ataupun mengaminkan doa imam masa itu.terima kasih
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Sebahagian dari soalan ini telah dijawab didalam Soal-Jawab yang lalu. Walau bagaimanapun kami akan cuba menjawabnya dengan kadar kemampuan yang terbatas, In Sya Allah.
Hadith yang selalu dibaca oleh Bilal masjid yang menjelaskan larangan berkata-kata ketika solat Jumaat :- dari Abu Hurairah ra., Nabi :saw bersabda :
Meng"amin"kan do'a Imam ketika khutbah kedua pada hari Jumaat tidaklah tergolong kepada perkataan yang sia-sia, ia dibenarkan, cuma dengan kadar suara yang perlahan. Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-
Sila layari link dibawah ini untuk penjelasan lanjut :-
SJ-2643 : Mengangkat Tangan Ketika BerDoa pada hari Jumaat
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=14736
SJ-05-0306 :MENGANGKAT ke 2 TANGAN YG DILAKUKAN OLEH JAMA’AH
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34306
Secara ringkasnya, mengangkat tangan semasa khatib membaca do'a ketika hari Jumaat tidaklah di SUNNATkan. In berdasarkan riwayat yang melarang khatib yang membaca do'a mengangkat tangan. Mereka cuma menggunakan isyarat sahaja. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين