SJ-05-0426 : Bersolat Sambil Memandu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0426 : Bersolat Sambil Memandu

Ana pernah dengar hadis mengatakan Rasulullah SAW pernah solat atas unta. Sanad hadis tu ana lupa. Adakah kita juga boleh solat sewaktu memandu kenderaan jika kita menghadapi kesukaran utk singgah solat di tepi jalan. Ana pernah dinasihati dari tinggalkan solat lebih afdhal kita solat dalam kereta. Jadi mintak pandangan sahabat2 semua.

SJ-05-0426 : Bersolat Sambil Memandu

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersolat di atas unta, adalah hadis sahih. Iaitu dalam solat sunat, bukan solat fardhu.

Daripada Ibn Umar,

Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ßÇä íÓÈÍ Úáì ÙåÑ ÑÇÍáÊå ÍíË ßÇä æÌåå íæãìÁ ÈÑÃÓå

Maksudnya, "Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sering bersolat sunat di atas belakang binatang kenderaannya (unta) ke arah mana ia menuju. Dan baginda mengisyaratkan dengan kepalanya".
Direkod oleh Bukhari (no: 1054).

- Adapun solat fardhu, wajib menghadap ke kiblat dan wajib berdiri kerana menghadap qiblat adalah syarat sah dan qiyam pula adalah rukun dalam solat.

- Jika tidak menjumpai surau atau masjid, boleh sahaja berhenti di tepi jalan dan bersolat di atas tanah secara sempurna (hadap qiblat dan qiyam). Tidak ada keringanan dalam kes seperti yang anda sebut untuk tidak bersolat, atau bersolat dalam kereta.

Wallahu A'lam.

rujuk:

- Fatwa Lajnah Daemah 8/124-126