SJ-13-0325 : Was-was, menyebut 'Talak' dalam hati

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0325 : Was-was, menyebut 'Talak' dalam hati

Assalamualaikum… Saya menghadapi masalah was-was, kadang-kadang saya selalu susah hati atau was-was terhadap sesuatu perkara. Kadang-kadang bersifat sementara dan ada kalanya berlanjutan 2-3 bulan. Walaupun saya mengetahui apa yang saya lakukan tidak masuk akal dan tidak berlandaskan Sunnah Nabi dan Al-Quran, tetapi saya selalu gagal mengawal fikiran saya. Saya ingin sekali menjadi orang yang beriman dan beramal soleh ceria dan gembira selalu dan tidak mahu masalah ini menjadi halangan.

Maslah saya :

Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga. Sejak hari pernikahan saya selalu diwas-waskan dengan lintasan/bayangan terhadap hubungan suami isteri. Saya selalu terlintas/terbayang bila saya membuat atau tidak membuat sesuatu benda saya terfikir mengenai cerai tetapi saya tiada niat pun hendak menceraikan. Ustaz perlu tak saya abaikan perasaan begitu kerana kalau saya ikutkan perasaan dan memikirkan ia akan menjadi-jadi.

1) Apakah jatuh talak terhadap isteri jika suami melafazkan cerai hanya didalam hati (tanpa sebutan mulut/nyata) sedangkan dia berada dalam keadaan sedar dan dalam masa yang sama suami dalam keadaan marah.

2) Jika seorang suami terlintas di hatinya untuk menceraikan isterinya tetapi dia tidak sekali-kali melafazkan apa yang terlintas di hatinya itu dan isterinya langsung tidak mengetahui apa yg terlintas di fikiran suaminya itu adakah berlaku perceraian dalam kes ini?

3) Lafaz talak jatuh jika dilafazkan di depan isteri bagaimana jika lafaz tidak dihadapan isteri. Maksudnya hanya lidah sahaja menggerakkan tanpa sebutan yang jelas. Ustaz saya terlalu was-was dan memikirkan perkara ini dan menyebabkan terbawa-bawa dalam kehidupan saya. Saya ada terfikir tentang lafaz sehingga saya menggerakkan lidah “aku” tanpa sebutan jelas untuk menerangkan kepada diri saya sendiri itu bukan lafaz talak. Saya tiada niat untuk bercerai, tetapi hanya memikirkan masalah saya ini.

4) Berulang-ulang kali mencuci ketika mandi junub atau mengambil wudhuk walaupun saya tahu bahawa sunnah Nabi tidak sedemikian iaitu cukup dengan 3 kali basuhan. Tetapi masalahnya ialah saya tidak dapat mengawal fikiran saya (Masalah yang pernah saya alami dahulu).

5) Mengulang bacaan atau ayat dalam sembahyang dan ibadah yang lain.

Saya merasakan amat tertekan dan harap tuan dapat membantu.

SJ-13-0325 : Was-was, menyebut 'Talak' dalam hati

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Sebelum menjawab soalan saudara, kami ingin mengingatkan saudara bahawa was-was adalah senjata syaitan untuk merosakkan ibadah hamba Allah, menyusahkan amalannya, dan untuk meretakkan dan menghancurkan rumahtangga.

Saudara mesti menerima dan yakin akan hakikat ini. Kerana para cendikiawan Islam mengatakan, ubat kepada was-was ialah keyakinan bahawa ia adalah daripada syaitan, dan Iblis yang membawanya kepada seorang muslim.

Selain itu perbanyakkan meminta perlindungan dengan ALlah daripada gangguan syaitan, iaitu dengan mengamalkan istiazah-istiazah yang diajar oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Bagi soalan no: (1,2,3) tentang talak yang disebut dalam hati, bukan dengan lafaz, ia tidak dikira talak. Malahan azam dalam hati untuk menceraikan isteri, jika tidak diucapkan dengan lidah, tidak menjejaskan perkahwinan. Ibn Taimiyyah mengatakan, dalam masalah ini tidak ada perselisihan. (Majmuk Fatawa 32/96).

Untuk soalan (4) dan (5), jawapannya adalah mengubati penyakit was-was. Tidak ada jalan penyelesaian kecuali usaha bersungguh-sungguh menghilangkan was-was.

Dan hendaklah diketahui bahawa mengulang-ulang solat, wudhu', takbiratul ihram dan lain2 amalan kerana waswas adalah suatu yang dicela syarak. Malahan sepakat ulama mengatakan ia adalah satu bidaah, dan kesesatan dalam agama. (Majmuk Fatawa Ibn taimiyyah).

albaruhiyy (not verified)
SJ-13-0325 : Was-was, menyebut 'Talak' dalam hati

Sebagai tambahan kepada saudara yang mengalami masalah was-was :

Antara pendekatan yang boleh menjauhkan diri kita daripada peyakit was-was adalah seperti yang diajar oleh ulama berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. dalam beberapa riwayat ( Al-Nawawi, al-Azkar, hlm. 210-211) :
i. Membaca isti’azah : ÃÚæÐ ÈÇááå ãä ÇáÔíØÇä ÇáÑÌíã . Boleh juga melakukan tafal (meludah tanpa air liur) di sebelah kiri. Kaedah ini diriwayatkan dalam sahih Muslim berkaitan was-was ketika solat.
ii. Menyebut : ÂãäÊ ÈÇááå æÑÓáå sebanyak tiga kali.
iii. Membaca : åæ ÇáÃæá æÇáÂÎÑ æÇáÙÇåÑ æÇáÈÇØä æåæ Èßá ÔÆ Úáíã
iv. Membaca : áÇ Åáå ÅáÇ Çááå

Selain itu, seseorang itu perlu menyibukkan dirinya dengan perkara yang berfaedah dan cuba memikirkan perkara-perkara lain. Itu lebih memberi faedah kepadanya dan menepati apa yang diajarkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah.