SJ-13-0325 : Was-was, menyebut 'Talak' dalam hati

Primary tabs

3 posts / 0 new
Anonymous (not verified)
SJ-13-0325 : Was-was, menyebut 'Talak' dalam hati

Assalamualaikum… Saya menghadapi masalah was-was, kadang-kadang saya selalu susah hati atau was-was terhadap sesuatu perkara. Kadang-kadang bersifat sementara dan ada kalanya berlanjutan 2-3 bulan. Walaupun saya mengetahui apa yang saya lakukan tidak masuk akal dan tidak berlandaskan Sunnah Nabi dan Al-Quran, tetapi saya selalu gagal mengawal fikiran saya. Saya ingin sekali menjadi orang yang beriman dan beramal soleh ceria dan gembira selalu dan tidak mahu masalah ini menjadi halangan.

Maslah saya :

Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga. Sejak hari pernikahan saya selalu diwas-waskan dengan lintasan/bayangan terhadap hubungan suami isteri. Saya selalu terlintas/terbayang bila saya membuat atau tidak membuat sesuatu benda saya terfikir mengenai cerai tetapi saya tiada niat pun hendak menceraikan. Ustaz perlu tak saya abaikan perasaan begitu kerana kalau saya ikutkan perasaan dan memikirkan ia akan menjadi-jadi.

1) Apakah jatuh talak terhadap isteri jika suami melafazkan cerai hanya didalam hati (tanpa sebutan mulut/nyata) sedangkan dia berada dalam keadaan sedar dan dalam masa yang sama suami dalam keadaan marah.

2) Jika seorang suami terlintas di hatinya untuk menceraikan isterinya tetapi dia tidak sekali-kali melafazkan apa yang terlintas di hatinya itu dan isterinya langsung tidak mengetahui apa yg terlintas di fikiran suaminya itu adakah berlaku perceraian dalam kes ini?

3) Lafaz talak jatuh jika dilafazkan di depan isteri bagaimana jika lafaz tidak dihadapan isteri. Maksudnya hanya lidah sahaja menggerakkan tanpa sebutan yang jelas. Ustaz saya terlalu was-was dan memikirkan perkara ini dan menyebabkan terbawa-bawa dalam kehidupan saya. Saya ada terfikir tentang lafaz sehingga saya menggerakkan lidah “aku” tanpa sebutan jelas untuk menerangkan kepada diri saya sendiri itu bukan lafaz talak. Saya tiada niat untuk bercerai, tetapi hanya memikirkan masalah saya ini.

4) Berulang-ulang kali mencuci ketika mandi junub atau mengambil wudhuk walaupun saya tahu bahawa sunnah Nabi tidak sedemikian iaitu cukup dengan 3 kali basuhan. Tetapi masalahnya ialah saya tidak dapat mengawal fikiran saya (Masalah yang pernah saya alami dahulu).

5) Mengulang bacaan atau ayat dalam sembahyang dan ibadah yang lain.

Saya merasakan amat tertekan dan harap tuan dapat membantu.