SJ-16-0024 : Nazar keluar Islam.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0024 : Nazar keluar Islam.

saya ada satu kemusykilan.
apakah dikira sah atau dikira nazar apabila seseorang berniat didalam hati bahawa dia akan jatuh kafir apabila di membuat sesuatu maksiat seandainya dia tercapai atau tidak tercapai sesuatu... ataupun seandainya dia melakukan atau tidak melakukan sesuatu...

sebagai contoh

jika saya tak buat bende ini saya akan jatuh kapir seandainya saya tidak sembahyang

SJ-16-0024 : Nazar keluar Islam.

:salam

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ


Berdasarkan kepada apa yang telah saudara sebutkan , sesungguhnya perbuatan tersebut tidak dianggap sebagai nazar.Malah sekiranya ia dianggap sebagai nazar pun , atau memang niat saudara untuk bernazar , maka nazar tersebut tidak sah dan tidak wajib diikuti atau dipatuhi.

Ini kerana nazar yang wajib dipatuhi ialah nazar kepada perkara-perkara yang baik sahaja , manakala nazar kepada perkara-perkara maksiat dan derhaka kepada Allah swt adalah nazar yang tidak wajib dipatuhi berdalilkan kepada Hadis Rasulullah saw :

ãä äÐÑ Ãä íØíÚ Çááå ÝáíØÚå ¡ æãä äÐÑ Ãä íÚÕí Çááå ÝáÇ íÚÕå

“Maksudnya : Barang siapa yang bernazar hendak mentaati Allah , maka hendaklah ia mentaatinya.Dan barang siapa yang bernazar hendak melakukan maksiat kepada Allah , maka hendaklah ia tidak melakukan maksiat kepada-Nya.
(HR Imam Bukhari : 6697 , bab al-Aiman)

Apa yang seharusnya saudara lakukan ialah , dengan menanam azam dan tekad yang kuat untuk berusaha meninggalkan segala perkara-perkara dosa dan maksiat yang mungkin seringkali dilakukan oleh saudara disamping berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan segala tuntutan dan kehendak Islam.Bukan dengan berjanji atau bernazar atau bersumpah dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah dan pegangan kita sebagai seorang muslim.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com