SJ-07-0179 : mengali semula kubur yang sedia ada

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0179 : mengali semula kubur yang sedia ada

apakah hukum menggali kubur bagi sedia ada??apakah dalil bagi hukum tesebut?

albaruhiyy (not verified)
SJ-07-0179 : mengali semula kubur yang sedia ada

:salam

Para fuqaha’ mengatakan hukum asal ialah kita tidak diharuskan menggali semula kubur kecuali ada sebab darurat atau maslahah. Penggalian semula kubur bercanggah dengan kemuliaan dan kehormatan yang Allah Taala kurniakan kepada anak Adam sebagaimana yang dijelaskan melalui ayat-ayat al-Qur’an.

Terdapat banyak fatwa berkenaan isu penggalian semula kubur.

Fatwa Lajnah al-Daimah li al-Buhuth (11/125)
ÇáÃÕá Ãäå áÇ íÌæÒ äÈÔ ÞÈÑ ÇáãíÊ æÅÎÑÇÌå ãäå¡ áÃä ÇáãíÊ ÅÐÇ æÖÚ Ýí ÞÈÑå ÝÞÏ ÊÈæà ãäÒáÇ æÓÈÞ Åáíå Ýåæ ÍÈÓ Úáíå áíÓ áÃÍÏ ÇáÊÚÑÖ áå¡ æáÇ ÇáÊÕÑÝ Ýíå¡ æáÃä ÇáäÈÔ ÞÏ íÄÏí Åáì ßÓÑ ÚÙã ÇáãíÊ æÇãÊåÇäå¡ æÞÏ ÓÈÞ Çáäåí Úä Ðáß Ýí ÌæÇÈ ÇáÓÄÇá ÇáÃæá¡ æÅäãÇ íÌæÒ äÈÔ ÞÈÑ ÇáãíÊ æÅÎÑÇÌå ãäå ÅÐÇ ÏÚÊ ÇáÖÑæÑÉ Åáì Ðáß¡ Ãæ ãÕáÍÉ ÅÓáÇãíÉ ÑÇÌÍÉ íÞÑÑåÇ Ãåá ÇáÚáã.
Maksudnya : “Hukum asal ialah tidak harus menggali semula kubur mayat dan mengeluarkannya daripada kubur, kerana mayat tersebut apabila telah diletakkan di dalam kuburnya, ia telah menempatkan dirinya di situ dan tertahan ia di situ, tiada sesiapa yang boleh mengganggunya lagi serta bertasarruf pada kubur itu. Ia juga kerana perbuatan menggali semula menyebabkan kepada kemungkinan patah tulan mayat dan penghinaannya. Telah disebutkan larangan tentang demikian pada jawapan soalan pertama. Sesungguhnya keharusan menggali semula mayat dan mengeluarkannya daripada kubur ialah apabila didesak oleh darurat atau maslahah Islam yang rajihah (berat/besar) sepertimana ditetapkan ulama”.

Hal ini kerana perbuatan menggali kubur boleh menyebabkan ictida’ kepada mayat tersebut. Perbuatan ictida’/pencerobohan/jenayah/ ke atas mayat sama seperti perbuatan jenayah kepada orang yang hidup. Ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis. Sabda Nabi s.a.w :
ßÓÑ ÚÙã ÇáãíÊ ßßÓÑå ÍíÇ
Maksudnya : “Mematahkan tulang mayat seperti mematahkannya ketika hidup”
[Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Bab fi al-haffar yajidu al-cazma hal yatanakkabu dhalika al-makan, Kitab al-jana’iz, hadis no. 3207, jil. 3, hlm 212.]
Antara sebab yang disebutkan oleh fuqaha’ seperti kerana tujuan mengambil harta, mayat tidak dihadapkan ke arah kiblat, tidak dimandikan, tidak dikafankan (ada khilaf), tujuan perlebaran jalan dan sebagainya.

Namun begitu, perlu dibezakan antara kubur persendirian dan kubur wakaf. Masalah ini agak panjang.
Ringkasnya saya boleh simpulkan seperti berikut

Kubur persendirian : Jika kubur sudah lama dan tiada lagi sisa tulang, maka harus digali semula sama ada untuk digunakan sebagai kubur lain atau kegunaan lain.
Jika masih ada sisa, tidak harus gali

Kubur wakaf : Jika sisa mayat sudah reput, maka boleh digali semula. Tapi hanya boleh digunakan untuk pengebumian mayat lain sahaja. Kegunaan lain tidak boleh.
Kecualilah ada sebab-sebab lain yang sangat mendesak.

Wallahualam.