SJ-05-0464 : Amalan sunnah dalam solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0464 : Amalan sunnah dalam solat

1- Apabila Imam bagi salam & makmum belum abis lagi, adakah makmum boleh abiskan bacaan atau makmum wajib tamatkan bacaan on the spot(tanpa sempurnakan ayat)

2-Ada tak bacaan masa sujud terakhir sebelum salam

:wassalam

albaruhiyy (not verified)
SJ-05-0464 : Amalan sunnah dalam solat

:salam

1. Apabila imam bagi salam, sama ada makmum masbuq atau muwafiq. Sekiranya makmun muwafiq, dia perlu menghabiskan bacaan wajib dalam tasyahhudnya. Dari segi hukumnya jika imam sudah memberi salam, terputuslah hubungan antara makmum dan imam. Sama ada makmum masbuq atau muwafiq:
Penjelasan al-Nawawi r.h :
ÅÐÇ Óáã ÇáÇãÇã ÇáÊÓáíãÉ ÇáÇæáí ÇäÞÖÊ ÞÏæÉ ÇáãÃãæã ÇáãæÇÝÞ æÇáãÓÈæÞ áÎÑæÌå ãä ÇáÕáÇÉ æÇáãÃãæã ÇáãæÇÝÞ ÈÇáÎíÇÑ Çä ÔÇÁ Óáã ÈÚÏå æÇä ÔÇÁ ÇÓÊÏÇã ÇáÌáæÓ ááÊÚæÐ æÇáÏÚÇÁ æÃØÇá Ðáß

“Jika imam memberi salam pertama, maka terputuslah ikutan makmum sama ada muwafiq atau masbuq, kerana sebab keluarnya imam dari solat. Maka makmum muwafiq ada pilihan, jika ia ingin terus memberi salam selepas imamnya ia boleh, dan jika ia ingin terus duduk untuk membaca memohon minta perlindungan dan doa dengan memanjangkan lagi solatnya”
[Majmuk 3/484].

Kata al-Nawawi lagi : “Dan sayugia bagi makmum memberi salam selepas selesai salam imam. Al-Baghawi berkata : Sunat ia tidak memulakan salamnya sehinggalah selesai imam dari kedua-dua salam. Al-Mutawali berkata pula : Sunat ia memberi salam selepas selesai imam dari salam pertama. Dan inilah zahir nas al-Shafie dalam al-Buwaiti sepertimana nukilan al-Baghawi”.

[Majmuk 3/483]

2. Nabi s.a.w sebenarnya tidak meletakkan doa khusus pada sujud terakhir. Sujud adalah tempat paling hampir antara hamba dengan Allah Taala. Justeru, Nabi saw menggalakkan umat Islam bersungguh-sungguh berdoa ketika sujud. Bahkan tidak pula baginda khususkan pada sujud terakhir sahaja.
Maknanya, bolehlah dilakukan pada mana-mana sujud. Sabda Nabi s.a.w. :
ÃóÞúÑóÈõ ãóÇ íóßõæäõ ÇáúÚóÈúÏõ ãöäú ÑóÈøöåö æóåõæó ÓóÇÌöÏñ ÝóÃóßúËöÑõæÇ ÇáÏøõÚóÇÁó

Maksudnya : ”Paling hampir tempat hamba dengan tuhannya ialah ketika ia sujud, maka perbanyakkanlah doa”.
[Sahih Muslim 3/29 no hadis 744]

:aklam