SJ-11-0239 : Hutang belanja..ribakah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0239 : Hutang belanja..ribakah?

:salam

saya nak tanya,saya ada sorang kawan nie.kitorang selalu keluar makan sama-sama.bile time bayar,kadang-kadang dia bayarkan untuk saya.kira dia belanja saya la.tp dia cakap,"next time kau belanja aku pulak".so saya cam anggap saya ada hutang dengan dia la.so next makan saya belanja dia pulak.

soalan-adakah ianya jatuh dalam riba' sebab nilai yang saya "belanja" dan dia "belanja" saya adalah tidak sama?

albaruhiyy (not verified)
SJ-11-0239 : Hutang belanja..ribakah?

ÈÓã Çááå ÇáÑÍã ÇáÑÍíã
ÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå : ÃãÇ ÈÚÏ
Pada pandangan kami dalam masalah saudara, itu tidak dinamakan hutang. Ini dinama hutang janji…Seolah-olah anda sudah bersetuju dan berjanji akan “belanja” rakan anda suatu hari lain. Menjadi satu keaiban pula, jika rakan anda sahaja yang selalu belanja, sedangkan anda tidak pernah “belanja”.
Firman Allah [al-maidah :1]
Maksudnya : “Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian”.

FirmanNya [al-Isra’ : 34]
Maksudnya : “dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan Dengan manusia), Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya”.
Dalam satu hadis riwayat ashab al-sunan (kecuali al-nasa’ei) :
Orang islam itu diikat di atas syarat-syarat mereka melainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram”.
Namun yang sepatutnya, rakan anda tidak perlu mensyaratkan sebegitu. Ini kerana dibimbangi hilang keikhlasan dan beliau tidak akan mendapat ganjaran fadilat memberi makan kepada orang.
Dalam hadis riwayat Abu Daud [hadis no 5194] :
ÍÏËäÇ ÞÊíÈÉ Èä ÓÚíÏ ÍÏËäÇ ÇááíË Úä íÒíÏ Èä ÃÈí ÍÈíÈ Úä ÃÈí ÇáÎíÑ Úä ÚÈÏ Çááå Èä ÚãÑæ Ãä ÑÌáÇ ÓÃá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãí ÇáÅÓáÇã ÎíÑ ÞÇá ÊØÚã ÇáØÚÇã æÊÞÑà ÇáÓáÇã Úáì ãä ÚÑÝÊ æãä áã ÊÚÑÝ
Maksudnya : …..bahawa seorang lelaki bertanya Nabi s.a.w. apakah amalan paling baik dalam Islam. Sabda Nabi : Kamu member makan dan member salam kepada orang yang kamu kenali dan tidak kenali”.
Wallahualam