:salam
kesalahan apakah yang dikenakan fidyah selain daripada puasa?
adakah kalau seseorang yg sudah tua dan mahu bertaubat perlu membayar fidyah mengikut kadar waktu yg ditinggalkan?
org tua2 kita dulu ada membayar fidyah dengan tolak pegi tolak mari beras atas kayu bulat. kirenye kita sedekah kat org itu pastu org tu pulak sedekah balik.....
soalannya adakah benda sebegini terdapat dalam kitab2 fiqah walaupun kitab pondok?
sah atau tidak fidyah tersebut jika kita baru tahu perkara ini?
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Selain dari fidyah keatas mereka yang meninggalkan puasa, ada pandangan yang mengatakan bahawa solat yang tertinggal (setelah mati) pun boleh difidyahkan. 15 tahil beras difidyahkan kepada setiap solat yang ditinggalkan. Mazhab Hanafi membenarkan solat orang yang telah mati dibayar fidyah dengan syarat :-
a. Ada wasiat untuk melakukan Fidyah dari orang yang mati.
b. Fidyah menggunakan makanan asasi atau wang.
c. Dikira setiap hari 6 waktu solat, iaitu termasuk solat witir.
d. Tidak boleh melakukan fidyah berpusing (fidyah tarik sorong, sebagaimana soalan anda diatas).
Dikhabarkan oleh Ibnu Basyar, bahawa Imam Syafie didalam Qaul Qadim berkata :-
انه يلزم الولي ان خلف تركة أن تصلي عليه
“ Sesungguhnya perlu bagi wali mengqadha solat sekira simati meninggalkan pesanan”
Didalam keputusan Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 28 Sep, 1981, menyebut “Tiada diqadhakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati”.
------------------------
Kepada seseorang yang telah tua, yang tidak mungkin dapat mengqadha’ puasa yang ditinggalkan, bolehlah dia membayar fidyah ikut bilangan hari yang ditinggalkan. Mohon banyak-banyak keampunan dari Allah swt atas puasa-puasa lalu yang telah dia tinggalkan.
Persoalan apakah fidyah ini berganda-ganda? Fatwa Negeri Selangor menyebut : “Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie.” Ini juga merupakan pandangan Mazhab Hanbali, Maliki dan Hanafi.
--------------------
Mengenai amalan membayar fidyah berpusing atau tolak-tarik, berikut merupakan petikan dari tautan jawapan yang lalu mengenainya :-
Sekian, wassalam
Tautan rujukan fatwa :
1. Fidyah Sembahyang Dan Puasa
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fidyah-sembahyang-dan-puasa-2
2. Hukum Gandaan Fidyah Dan Kifarah
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah
خيرالأمين