SJ-10-0123 : Daging babi sahaja HARAM?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0123 : Daging babi sahaja HARAM?

:salam
Kemusykilan saya ttg, adakah yg yg diharamkan keatas babi itu hanya DAGINGnya shj... atau keseluruhannya. Hujah dorang : dalam quran hanya sebut "wa lahmah khinzir..."
Mohon penjelasan & maaf sekiranya soalan ulangan. terima kasih

Re: Daging babi sahaja HARAM?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Pengharaman babi walaupun disebut dalam al-Quran dengan lafaz 'Wa Lahmal Khinzir' (daging babi) tetapi ia meliputi semua bahagian babi, termasuk lemak, kulit dan lain-lain.

Kata Ibn Katsir, "Dan daging (babi) meliputi semua bahagian-bahagiannya sehingga lemak... sebagaimana ia difahami daripada Bahasa Arab dan uruf yang tetap." (Tafsir Ibn Katsir 3/16).

Di dalam hadis Buraidah al-Aslamiy, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

من لعب بالنردَشير فكأنما صَبَغَ يده في لحم الخنزير ودمه

Maksudnya: "Sesiapa bermain Nardasyir, maka seolah-olah dia mencelupkan tangannya dalam daging babi dan darahnya".
Direkod oleh Muslim (no: 2260).

Jika menyentuh daging dan darah babi pun dianggap tercela oleh syarak, maka apatah lagi untuk menjadikannya makanan.

Kata Ibn Katsir, "Di dalam hadis ini terdapat dalil bahawa daging babi meliputi segala bahagiannya termasuk lemak". (Tafsir Ibn Katsir 3/16).

Wallahu A'lam.