SJ-14-0186 : Waqaf Qabih dan Lahan Khafiy?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0186 : Waqaf Qabih dan Lahan Khafiy?

Salam

Merujuk jawapan akh Umair:
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=38584

Apa itu waqaf Qabih? Waqaf kubra ke(tamm?)
Dan kategori mana lahan khafiy ke saghir ke.. apa contohnya.

Maaf,sebab saya tidak tahu perkara2 ini.

Contoh, kalau baca sirr dalam solat, saya mengalami kesukaran untuk sebut AlhamudillaH, sebab kadang2 keluar "ha" pedas - ha pada Hamdu

Kalo saya sebut masa sujud "Subhaana Rabbiyal 'Azimi Wabihamdih" , dan ha tebal(akhir perkataan) pada wahihamdih saya keluarkan ha pedas, perlukah saya ulang dari subhana atau cukup wabihamdih sahaja.

Sebab,kalo saya plan nak baca subhana....wabihamdih sekali saja, kalo ulang semua jadi 2 kali. -> boleh ke sebut 2 kali? atau 1 atau 3 kali sahaja.

Juga, kalau saya plan nak ulang 3 kali, kalo silap pada bacaan ketiga, ia akan jadi 4 kali kalo saya ulang dari subhaana...wabihamdih.

Re: Waqaf Qabih dan Lahan Khafiy?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Waqaf qabih bermaksud 'waqaf yang buruk'. Iaitu tempat-tempat di dalam al-Quran, jika kita waqaf di situ ia akan memberi makna yang salah. Contohnya;

إن الله لا يستحيي أن يضرب مثلا

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak malu untuk membuat perumpamaan".

Waqaf qabih ialah pada perkataan يستحيي

Yakni tidak boleh berhenti pada perkataan itu, kerana jika waqaf di situ ayat itu akan bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak malu". Inilah yang dinamakan waqaf qabih (waqaf buruk).

Adapun berkenaan dengan persoalan makhraj yang saudara ajukan, saya syorkan saudara bertanya secara lisan kepada ustaz-ustaz tajwid yang saudara kenali. Supaya mereka dapat mendengar sebdiri permasalahan makhraj saudara, dan saudara dapat mendengar sendiri bacaan betul dari mereka.

Kerana pengajian tentang tajwid dan makhraj hendaklah diambil secara langsung daripada sebutan guru yang mahir.

Ibn al-Jazari berkata, "Aku tidak mendapati cara untuk sampai kepada kesempurnaan tajwid yang boleh menandingi kaedah latihan lidah, dan mengulang-ulang sebutan yang diambil secara langsung dari mulut guru yang mahir". (Al-Itqan oleh Suyuti 1/325).

Oleh itu, persoalan di atas elok diajukan kepada ahli yang mahir dalam bidang tajwid, dan dipelajari secara langsung daripada sebutan guru.

Wallahu A'lam