SJ-2177: Sambungan Anak Luar nikah (4)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2177: Sambungan Anak Luar nikah (4)

Assalamualaikum,

Bagaimanapula jika ada ujian DNA, Darah dsb apabila hendak menentukkan bapa dan bagaimana jika reputasi ibu adalah promiscuous.

JKK

Re: SJ-2177: Sambungan Anak Luar nikah (4)

:wassalam
:fuhh
Bertali arus nampaknya isu anak luar nikah kali ini.
Kita rumuskan sekali lagi:
1. Sistem nasab dalam Islam hanya ditetapkan melalui pintu 'Perkahwinan yg sah sahaja'. Ini bermakna benih manusia yg diperolehi melalui zina, bank mani, clone, test-tube, sewa rahim yg by-pass sistem perkahwinan tidak boleh didaftarkan sebagai bin/binti kepada dari mana benih itu berasal.

2. Apa yg dibahaskan ialah"katakan' pasangan itu terlanjur dan hamil. Untuk menutup malu, pasangan itu dinikahkan dan bayi itu lahir dalam tempoh minima kehamilan 6 bulan 2 detik. Maka bayi itu sah dibin/binti kpd ayahnya. Ini kes istithna'iyah (exceptional case)

3. Maka bagi si perempuan yg jalang atau promiscous itu sudah tentu tidak boleh menasabkan anak zinanya kepada mana-mana lelaki walaupun ada ujian DNA profiling kerana Islam menetapkan nasab mesti melalui sistem perkahwinan yg legal. Ini sesuai dgn watak Islam yg keras terhadap dosa zina.
Bagi perundangan bukan Islam, DNA profiling ini boleh menthabitkan nasab.

4. DNA profiling boleh digunakan dalam kes2 civil yg melibatkan nasab anak yg ditinggalkan ayah sejak kelahirannya. Mungkin selepas 30 tahun, si ayah menemui anaknya, maka dia boleh membuat DNA profiling untuk mempastikan zuriatnya (Itupun si anak itu mesti lahir hasil perkahwinan yg legal) bagi tujuan pesaka atau perwalian. Di samping itu ujian DNA juga sangat vital dalam kes2 criminal terutama kes2 rogol dan inses. (Fiqh Islami, Jld 7, pg 688) :fuyoo