SJ-04-0116 : Doa selesai wuduk

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0116 : Doa selesai wuduk

Kalo saya baca doa selepas wuduk

"Asyhadu alla iLaaha IllaLLah, Wasyahadu anna Muhammadan 'Abdahuu wa Rasuuluh"

tetapi sepatutnya

"Asyhadu alla iLaaha IllaLLahu laa Syariika Lahu, Wasyahadu anna Muhammadan 'Abdahuu wa Rasuuluh"

sah tak wuduk.baru check tadi kat buku sifat solat.. ada tertinggal perkataan selama ni.

Re: Doa selesai wuduk

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Membaca do'a selepas wudhu' hukumnya mustahab (digalakkan); sunat, dan tiada khilaf dikalangan salaf dan khalaf. InSyaAllah jika sempurna rukun wudhu' anda, perbuatan tersebut sah walaupun tanpa membaca do'a selepas wudhu'.

Boleh juga membaca do'a :-

[dir]اللهم اجعلني من التوابين واجعلني من المتطهرين[/dir] Allaahumma ij’alni min al-tawwaabiina wa’j’alni min al-mutatahhiriin"
"Ya Allah, jadikan aku dari kalangan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari kalangan orang-orang yang suci" [Hadith Riwayat Abu Daud].

Sekian, wassalam

خيرالأمين