SJ-08-0133 : PUASA HARI JUMAAT

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0133 : PUASA HARI JUMAAT

Assalamualaikum..

Apakah hukumnya jika berpuasa ganti pada hari Jumaat sahaja. Saya pernah mendengar, sekiranya ingin berpuasa pada hari Jumaat perlu didahulukan puasa 1 hari sebelum atau selepas hari Jumaat. Minta penjelasan...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: PUASA HARI JUMAAT

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Hukum tadi diambil dari hadith riwayat Abu Hurairah ra. yang berkata : aku mendengar Nabi :saw bersabda :

لا يَصُومَنَّ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِلا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ
"Tidak boleh berpuasa barangsiapa dari kamu pada hari Jumaat melainkan berpuasa sehari sebelum atau sehari selepas" [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim].

Ibn Qudamah rh mengatakan tidak boleh mengkhususkan hari Jumaat sahaja untuk berpuasa melainkan berkebetulan dengan puasa yang selalu dilakukan oleh seseorang itu, seperti puasa selang sehari, yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat, atau seseorang yang kebiasaan berpuasa pada hari pertama atau terakhir bulan Hijriyah, atau pertengahan bulan [al-Mughni, 3/53].

Imam al-Nawawi rh juga menyebut bahawa menurut rakan-rakan Mazhab Syafie, seseorang itu boleh berpuasa jika ia kebetulan berlaku pada hari yang sudah menjadi kebiasaan dia berpuasa, atau hari yang dia telah bernazar untuk berpuasa kerana orang yang disayangi sembuh dari sakit, atau pada hari zaid (si-fulan dan si-fulan) pulang terus, dan kebetulan berlaku pada hari Jumaat, maka tidaklah ia menjadi makruh [al-Majmu' Sharh al-Muhazzab, 6/479]

al-Hafiz Ibn Hajar rh berkata, ini termasuklah mereka yang berpuasa pada hari Arafah yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Menurut fatwa Lajnah al-Daaimah, termasuklah kebenaran ini bagi mereka yang menqadha' atau menganti puasa Ramadhannya, dan dia hanya puasa satu hari sahaja, iaitu pada hari Jumaat. [al-Lajnah al-Daemah, 10/347].

Kesimpulannya, untuk mereka yang ingin menqadha' puasanya, dia boleh melakukan pada mana-mana hari, kecuali hari yang diharamkan berpuasa seperti Hari Raya Haji, Hari Raya Puasa dan Hari-hari Tasrik. WA.

sekian, wassalam

خيرالأمين