SJ-06-0108 : Persoalan Musafir

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0108 : Persoalan Musafir

Assalamualaikum ustaz.
Saya ada beberapa kemusykilan.
1) Saya tinggal di Alor Setar dan bekerja di Bukit Mertajam dimana jaraknya lebih kurang 120km. Saya berulang alik ketempat kerja menggunakan bas. Adakah saya boleh dikategorikan sebagai musafir untuk diharuskan solat qasar setiap hari semasa ditempat kerja atau dalam perjalanan? Saya ada terbaca satu artikel di internet yang menyatakan kalau sesuatu perjalanan itu telah menjadi kebiasaan contohnya seperti kerja hari-hari tidak boleh dikategorikan sebagai musafir. Apa pandangan ustaz? Sekinya boleh di qasarkan solat, yang mana lebih aula antara solat tamam dengan qasar?
2) Bas yang saya naiki ketempat kerja seawal jam 6.00pagi dan sampai ditempat kerja pada pukul 7.30pagi. Adakalanya waktu subuh selepas pukul 6.00pagi, bagaimanakah cara hendak solat subuh dlm bas yang sedang bergerak? Apa yang saya faham, untuk solat fardhu, wajib mengadap kiblat. Bagaimanakah dengan keadaan saya ini ini? Bolehkah saya solat sambil duduk dikerusi tanpa mengadap kiblat?
3) Semasa pulang kerumah dari tempat kerja, kadang-kadang saya terlewat akibat kesibukan kerja dan terpaksa naik bas yang paling akhir iaitu pukul 7.00malam dan sampai di Alor Setar dlm lingkungan pukul 8.30 malam dan bas tersebut tidak berhenti melainkan di stesen bas Alor Setart sahaja. Memandang saya akan terlepas waktu solat Maghrib dalam bas, bolehkah saya menjamakkan solat Maghrib dalam waktu Isya' tanpa qasar dirumah saya kerana apabila sampai di stesen Alor Setar sudah termasuk dalam qariah tempat tinggal saya

Mohon penjelasan ustaz. Semoga Allah sentiasa merahmati ustaz, terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Persoalan Musafir

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Q1 : Persoalan mengenai jarak yang membenarkan ruhsah solat seseorang musafir dan perjalanan tiap-tiap hari. Sila baca tautan dibawah ini :-

SJ-06-0017 : Jamak & Qasar setiap hari
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=28237

Kesimpulannya :- Jarak 120km dan melepasi sempadan bandar melayakkan anda melakukan solat secara Qasar. Jika anda bekerja dalam satu kawasan Bandar yang besar, walaupun jaraknya melebihi 90km, anda tidak memndapat kelonggaran menqasarkan solat oleh kerana belum dianggap musafir, iaitu melintasi sempadan Bandar tersebut.

Tidak kira berapa kerap seseorang itu bermusafir, ia tetap mendapat ruhsah / kelonggaran didalam bersolat secara Qasar. Apa yang tidak dibolehkan adalah sentiasa menjama’ solat. Kebiasaan menjama’ solat ini adalah sesuatu yang dilarang, kecuali didalam keadaan-keadaan yang terdesak.

Anda jangan lupa, disana ada satu tuntutan yang paling penting iaitu menunaikan solat secara berjemaah bersama qariah di tempat kerja anda.


Q2 : Soalan mengenai bagaimana melakukan solat didalam kenderaan. Kaifiat didalam Solat FARDU adalah sama sahaja keadaannya ketika solat didalam diatas darat, dimana seseorang itu wajib berdiri (kalau dia mampu berdiri), ruku’ dan sujud yang sempurna dan mengadap Qiblah.

Persoalannya, bagaimana cara seseorang itu bersolat didalam Bas atau kereta yang sedang bergerak? Mengadap Qiblah masih lagi wajib kecuali :-

1. Wujudkan ketakutan akan solat fardu itu akan berakhir. Ulama’ juga meletakkan wujudnya faktor ancaman kepada nyawa atau harta. Akan tetapi jika sampai destinasi yang dituju sebelum habis waktu solat, maka hendaklah dia tunggu sehingga sampai ke destinasi.

2. Keadaan dimana tidak mungkin Bas atau kenderaan berhenti untuk seseorang itu menunaikan solat.

Jika wujud kedua-dua kondisi ini, maka solat tersebut boleh dilakukan seada-adanya. Namun demikian, ulama’ khilaf berkenaan dengan perlu atau tidak dilakukan solat itu kembali. Ada yang berpendapat bahawa kewajipan solat dilakukan sekali sahaja.

Pendapat kedua pula mengatakan, solat yang tidak sempurna, seperti tidak mengadap Qiblah hendaklah diulangi sebaik sahaja tiba ditempat destinasi. Imam Nawawi rh mengatakan tidak dibenarkan seseorang itu bersolat dengan TIDAK mengadap Qiblah, ini merupakan pandangan jumhur ulama’, melainkan benar-benar berada didalam keadaan ketakutan. Imam Nawawi rh menjelaskannya ketika mensyarahkan hadith :-

عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يسبح على الراحلة قِبَلَ أي وجه توجه، ويوتر عليها، غير أنه لا يُصلي عليها المكتوبة
“Dari Ibnu Umar ra berkata : Nabi pernah membesarkan Allah ketika menunggang unta dalam keadaan arah yang pelbagai, dan beliau perrnah melakukan solat Witir diatasnya. Walaubagaimana, beliau tidak melakukan solat fardu ketika menunggang” [Hadith Riwayat al-Bukhari dab Muslim].

Tegas Imam Nawawi lagi didalam Sharh Muslim, bahawa jika boleh hendaklah dia mengadap Qiblah, baik semasa Qiam, rukuk’ dan sujud diatas kenderaannya – maksudnya – kenderaan itu tidak bergerak. Maka dia dikira telah menunaikan kewajipan menurut Mazhab kami. Jika kenderaan tersebut bergerak, maka solat tadi dikira tidak sempurna disisi al-Syafie.

Walaupun wujudnya khilaf didalam persoalan ini, ada dikalangan ulama’ yang mengatakan tidak wajib mengulangi solat juga bersetuju mengatakan bahawa solat tersebut jika diulangi adalah lebih selamat. Menurut Dr Abdullah al-Faqih, beliau berpegang kepada pandangan yang lebih mudah. WA.

Q3 : Dalam keadaan perjalanan anda yang berkemungkinan melepasi solat Maghrib, dan tidak mungkin dapat melakukan solat maghrib secara sempurna didalam bas, maka disini wujudnya masyaqqah atau kesukaran. Didalam keadaan ini, anda dibenarkan menjamakkan solat Maghrib dan Isyak secara tamam (penuh) semasa berada dirumah nanti.

Sila layari tautan dibawah ini untuk penjelasan isu diatas :-

SJ-06-0027 : Jamak Sahaja
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=29850

Sekian, wassalam

خيرالأمين